AKAN kembali beroperasi selepas penamatan PKPD pada 15 Jun 2021 tetapi dengan jumlah kapasiti penumpang 50 peratus bagi setiap perjalanan.


TERMINAL Feri Penumpang Kuala Kedah dibenarkan beroperasi semula mulai Rabu, 16 Jun 2021 susulan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada tengah malam 15 Jun 2021 ini di Kota Setar.

Menurut Jabatan Laut Malaysia, keputusan selaras dengan kenyataan Kementerian Pengangkutan Malaysia bertarikh 31 Mei 2021, semua pengendali pengangkutan awam laut seperti operator feri penumpang dibenar beroperasi.

"Jumlah kapasiti penumpang 50 peratus juga dibenarkan bagi setiap perjalanan feri untuk mengelak kesesakan di terminal feri berkenaan.

"Operator feri hendaklah memastikan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan dipatuhi sepenuhnya," katanya dalam kenyataan di Alor Setar pada Selasa, 15 Jun 2021.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan PKPD dilaksanakan di 28 mukim di Kota Setar bermula 19 Mei hingga 1 Jun 2021, sebelum ia disambung dan ditamatkan tengah malam ini, 15 Jun 2021. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

OPERATOR feri perlu pastikan SOP ditetapkan MKN dan Kementian Kesihatan dipatuhi sepenuhnya. Bernama

 

1
0
0
0
0

Copy Link: