Ruzaidi Mamat menunjukkan obor-obor beracun spesis Portuguese man-of-war atau Physalia physalis yang ditemui di Pantai Kelulut dan Pulau Kerengga, Marang Terengganu. - Kredit gambar: Media sosial


PENGUNJUNG Pantai Kelulut dan Pulau Kerengga di Marang, Terengganu, diingatkan agar tidak menyentuh sekiranya menemui obor-obor di pesisiran pantai berkenaan walaupun ia sudah mati kerana ia masih beracun dan berbahaya.

Jabatan Perikanan Negeri Terengganu mengingatkan perkara itu susulan pihak jabatan berkenaan mengesan dua pantai tersebut kini terdapat obor-obor beracun yang dikenali sebagai Portuguese man-of-war dengan nama saintifiknya  “Physalia physalis”.

Kemunculan obor-obos spesis berkenaan di pantai tersebut dipercayai berpunca daripada fasa musim Monsun Timur Laut yang berlaku ketika ini.


Lagi kisah menarik berkaitan obor-obor


RUZAIDI MAMAT


Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Ruzaidi Mamat berkata, kali terakhir spesies hidupan beracun itu dikesan di perairan negeri itu ialah pada Februari 2020.

Katanya, tinjauan yang dilakukan oleh kakitangan jabatan itu di dua pantai terbabit menemui empat obor-obor Portuguese man-of-war yang terdampar di pantai berkenaan.

"Hasil penemuan itu, kita tidak menolak kemungkinan masih ada lagi obor-obor spesis berkenaan di kawasan pantai tersebut," katanya.


Obor-obor spesis Portuguese man-of-war atau Physalia physalis


Sengatan obor-obor itu amat menyakitkan dan didapati obor-obor yang sudah mati dan dihanyutkan ke pantai juga boleh menyebabkan sengatan jika tersentuh pada badan.

"Jabatan Perikanan negeri pernah merekodkan lebih 1,000 obor-obor Portuguese man-of-war itu terapung di perairan lautan dan ia bergerak dengan cara dihanyutkan arus atau angin," katanya. 

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang terkena sengatan diminta segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan. 

“Musim tengkujuh menjadi antara faktor obor-obor terdampar di pantai Terengganu dan spesies ini bergerak secara berkumpulan dengan cara hanyut dibawa oleh arus atau angin,” katanya dalam kenyataan pada 9 Januari 2022. 

Beliau berkata, purata panjang sulur sesungut obor-obor Portuguese man-of-war ini boleh mencapai lebih sembilan meter dan diliputi cecair nematocyst yang dipenuhi racun untuk melumpuhkan di samping membunuh ikan serta makhluk kecil lain. - KitaReporters


Obor-obor beracun Portuguese man-of-war atau Physalia physalis yang ditemui di Pantai Kelulut dan Pulau Kerengga, Marang, Terengganu

14
11
2
15
0

Copy Link: