Dari usang jadi mewah! Ubah suai caravan jadi sangat bergaya

Published by
KitaReporters

SEPASANG suami isteri dari London, England tidak menyangka caravan terpakai yang dibeli pada harga serendah 50 pound (RM273) berjaya ditransformasi menjadi sesuatu yang luar biasa. Berkat usaha dan kreativiti, cerita pengubahsuaian caravan tersebut kini menjadi tular. : KitaReporters

CARAVAN usang yang dibeli oleh pasangan suami isteri dengan harga 50 pound sahaja. - Kredit foto: mirror.co.uk


Lagi cerita-cerita berkaitan United Kingdom:

https://kitareporters.com/search?search=united+kingdom


Memetik mirror.co.uk, pasangan itu berkata mereka melihat iklan dalam talian mengenai penjualan caravan berkenaan yang berusia 52 tahun dengan tawaran harga yang tak masuk akal kerana terlalu murah.

“Memanglah keadaan caravan itu terlalu uzur tapi kami berminat dan berhasrat untuk mengubahnya menjadi tempat cantik selain tampil mewah bergaya,” ujarnya.

Kalau dah kreatif bagi apa sahaja pasti ‘menjadi’!

Pasangan itu berkata caravan itu kini berjaya ditransformasi dan kini bergaya dengan koleksi vintage dan menjadikan kenderaan berkenaan kelihatan mewah dan bergaya.

HASIL transformasi menjadikan caravan kelihatan baharu dan bergaya.


Kongsinya lagi, dia tidak menyangka hasil air tangan mereka berdua menjadi sesuatu yang luar biasa.

Akui pasangan itu, selepas selesai proses jual beli, mereka terus mengecat semula badan cavaran berkenan dan melakukan sedikit pengubahsuaian di bahagian dalam caravan berkenaan bagi menghasilkan sesuatu yang luar biasa.

BAHAGIAN lama yang usang dan tidak terurus sebelum diubah suai oleh pasangan berkenaan.


Menariknya, mereka berdua hanya menggunakan barang-barang terpakai untuk menghias bahagian dalam dan luar kenderaan berkenaan.

"Semua yang digantikan itu hanyalah terpakai tapi kami sesuaikan dengan tempat menghasilkan ia sesuatu yang luar biasa. Kami mengubah semula caravan ini dan menggantikan barangan bagi menampilkan ia seperti kelahiran baharu," katanya lagi.

DENGAN menggunakan barangan terpakai caravan bertukar menjadi sesuatu yang lebih segar dan cantik.


Pasangan itu kemudian memuat naik koleksi gambar-gambar sebelum dan selepas transformasi yang dihasilkan ke dalam Facebook group Extreme Couponing & Bargains UK.

WOW siapa sangka hiasan cantik dan mewah ini sebenarnya di dalam caravan usang yang berjaya ditransformasikan.


Koleksi berkenaan disaksikan lebih 10,000 netizen medsos dan lebih 1,500 netizen yang masing-masing memuji kreativiti pasangan berkenaan kerana berjaya mengubah caravan uzur menjadi sesuatu yang luar biasa.

Inilah untungnya bagi individu kreatif... bagi apa sahaja yang ada kepada mereka pasti boleh ditransformasikan. Yang penting mereka berminat untuk melakukan…

Barangan yang lama dan usang kini bertukar menjadi lebih cantik bargaya, dan inilah buktinya.

Tapi janagan tersalah bagi pulak kepada yang tidak kreatif!!! mungkin jadi lagi parah! - KitaReporters

0
4
0
0
0

Copy Link: