Dr Ahmad Samsuri Mokhtar


TINDAKAN kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah Besut, Terengganu bukan untuk menyusahkan rakyat sebaliknya ia bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 lebih serius di seluruh negeri itu.

Sebaliknya, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pelaksanaan  (PKP) di daerah tersebut adalah keputusan terbaik bagi negeri itu.


Lagi cerita-cerita nmenarik berkaitan Besut

Dr Ahmad Samsuri (tiga dari kanan) bersama Roslee (tiga dari kiri) ketika meninjau laluan lorong tikus di sempadan Besut-Pasir Puteh,Kelantan


Katanya, semua sudah tahu kenapa terpaksa PKP di Besut, rakyat tidak menafikan melintasi sempadan (rentas negeri) menjadi faktor utama penularan dan melalui laluan-laluan tikus menyebabkan perkara tersebut sukar dikawal.

"Jadi, kita ambil pendekatan yang memang tidak menggembirakan ramai orang. Ini keputusan melalui perbincangan bersama kerajaan negeri dan agensi-agensi terlibat dan di bawa ke peringkat pusat sebelum diputuskan," katanya pada sidang akhbar di SJR Kampung Tok Saboh di sempadan Terengganu – Kelantan pada Sabtu 8 Mei 2021.


Dr Ahmad Samsuri (dua dari kanan) diiringi Roslee meninjau pos kawalan SJR Kampung Pacakan,Kuala Besut


Beliau berkata, penularan yang meningkat mendadak itu perlu disekat secepat mungkin bagi memastikan negeri Terengganu tidak terjejas dan Besut akan kembali pulih.

"Kita rasa tidak ada jalan lain lebih selamat supaya tidak menular ke daerah lain kerana jika ia (penularan) sampai ke daerah-daerah selatan Terengganu, ia akan lebih parah," katanya. 

Ketika ini daerah Besut yang berada dalam kategori zon merah dikenakan PKP bermula 7 Mei 2021 hingga 20 Mei 2021, satu-satunya daerah di negeri Terengganu dikenakan perintah tersebut. 


Status COVID-19 mengikut daerah di Terengganu pada 8 Mei 2021


Sementara itu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik yang turut sama mengiringi Menteri Besar  dalam lawatan ke daerah itu, kesal dengan perbuatan khianat individu tidak bertanggungjawab yang merosakkan kon penghadang laluan jalan tikus di sempadan Besut-Pasir Puteh, Kelantan

Katanya, perbuatan khianat itu menyebabkan ada pihak boleh membolosi sekatan keluar masuk penduduk yang tinggal di sempadan antara Terengganu dan Kelantan.

“Pihak berkuasa terpaksa menutup semua 26 laluan jalan tikus yang dibina oleh penduduk di sempadan terbabit kerana tidak mahu berlakunya aktiviti rentas negeri disebabkan kes penularan pandemik COVID-19 di daerah itu berpunca daripada aktiviti tersebut,” katanya. - KitaReporters


Roslee Chik

 

5
4
4
1
0

Copy Link: