KEDUDUKAN wanita kini bukan lagi boleh dipandang sebelah mata, itu bukti wanita kini semakin hebat!

Terbaharu di Arab Saudi, sebuah syarikat pengangkutan kereta api menerima permohonan yang banyak daripada kaum Hawa.

Jawatan berkenaan yang sepatutnya diisi oleh kaum Adam kini sudah beralih arah dan buktinya apabila 28,000 permohonan diterima bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut.


Lagi kisah-kisah berkaitan wanita-wanita hebat


Wow ramainya.

Bagaimanapun daripada jumlah berkenaan, Renfe, sebuah syarikat dari Sepanyol hanya merekrut  30 pemandu wanita yang terpilih daripada jumlah berkenaan.

Wow... hebatnya ni bukan kaleng-kaleng calon mesti miliki istimewa tersendirikan!



Calon-calon yang layak akan bertanggungjawab sebagai pemandu kereta api berkelajuan tinggi yang menghubungkan Mekah dan Madinah.

Kesemua calon terpilih itu bakal menjalani latihan pengendalian tren berkenaan selama setahun.

Pengambilan pemandu wanita berkenaan merupakan iklan yang pertama kali dilakukan untuk golongan wanita di Arab Saudi.  



Sejak berkurun-kurun lalu, Arab Saudi dikenali sebagai satu daripada negara yang mempunyai kadar penyertaan wanita paling rendah dalam pekerjaaan.

Namun, dalam beberapa tahun lepas, kerajaan membuat keputusan untuk meningkatkan bilangan pekerja wanita sebagai sebahagian daripada pelan Putera Mahkota Mohammed bin Salman untuk mempelbagaikan ekonomi bukan berasaskan minyak.



Alhamdulillah penyertaan kaum Hawa di sektor pekerjaan semakin diterima. Kalau dulu wanita hanya layak di rumah sahaja, kini wanita boleh dianggap setaraf kaum Adam.

Malah Arab Saudi sebelum ini pernah melarang kaum wanita menjadi pemandu kereta. Bagaimanapun tanggal Jun 2018, menjadi detik bersejarah bagi kaum Hawa di bumi Arab apabila larangan memandu ke atas golongan wanita Arab Saudi ditamatkan secara rasmi.



Penarikan semula larangan itu yang diadakan selepas operasi besar-besaran ke atas aktivis wanita adalah sebahagian daripada usaha Putera Mahkota Mohammed Salman untuk memodenkan negara pengeluar minyak tersebut

Tindakan berkenaan diyakini menyuntik transformasi terhadap ramai wanita kerana membantu mereka membebaskan diri darip bergantung kepada pemandu atau saudara lelaki. - KitaReporters


15
11
0
19
0

Copy Link: