For real! realme C11 pada harga mampu milik, untuk anak muda

Published by
KitaReporters

BAGI mereka yang kepingin sebuah peranti dalam harga mampu milik tetapi tetap memiliki spesifikasi yang ‘up to date’ kata orang, barangkali produk terbaharu dari jenama realme bagi siri C11 yang boleh dibeli melalui Shopee mulai 7 Julai 2020 ini adalah jawapannya. - KitaReporters


Betapa tidaknya dengan tawaran harga cuma RM429,  korang sudah boleh memiliki sebuah peranti dalam varian 2GB + 32GB dengan kuasa bateri sebesar 5000 mAh untuk penggunaan tanpa henti sama ada ketika bermain game atau menonton filem.

Tidak cukup dengan itu, pemilik peranti yang didatangkan dalam reka bentuk geometri trendy dengan paparan skrin penuh mini drop 6.5 inci ini menawarkan pandangan yang lebih besar seraya memberi pengalaman hebat ketika menggunakannya.

realme C11 diperkenalkan oleh realme Malaysia untuk dinikmati rakyat yang mahukan sebuah model telefon pintar pada ‘entry level king’ bagi menyemarakkan kehidupan mereka.

Sesuai sebagai hadiah untuk anak-anak muda atau pun remaja yang baharu mengenali dunia siber dan juga gamers, realme C11 mampu memberikan mereka kepuasaan untuk menonton video secara berterusan selama 40 jam.

“Malah ia dicipta untuk pengguna menikmati kelebihan pemandangan pada waktu malam melalui mod malam (nightscape mode) dengan kualiti gambar pada harga yang luar biasa,  “ ujar Tiffany Teh, Pengurus Jenama realme Malaysia kepada media.

Ada dua warna pilihan: Hijau pudina atau pun kelabu 'lada'.


Dari segi kamera, ia direka dengan bentuk segi empat yang mempunyai dua lensa yang merupakan lampu suluh dan spesifikasi kamera di tepinya yang menjadikan penutup belakang lebih premium dan lebih trendy.

Selain itu, realme C11 dipadankan dengan cip pemproses MediaTek Helio G35 dengan ketersediaan lapan teras yang mencapai kitaran 2.3 GHz, selain menggunakan struktur Cortex A53.

“Kerana itu, ia sangat sesuai untuk pengguna telefon pintar arus perdana kerana dapat menggunakan pelbagai aplikasi dan permainan pertengahan hingga berat,” tambah Tiffany.

Memandangkan saiz baterinya yang besar, selain bertahan sehingga 40 hari dalam mod standby dan boleh membuat panggilan selama 32 jam, peranti ini turut dilengkapi dengan teknologi 'reverse charging' yang boleh bertindak sebagai ‘powerbank’ bagi telefon yang lain.

Jadi andaikan anda memiliki dua telefon dalam tangan apabila satu bateri kong boleh sahaja berkongsi caj dengan realme C11. 

Menarik kan? Dah tak perlu risau untuk cari ‘powerbank’ asing bagi urusan mengecaj.

Seperti kehendak lazimnya, setiap yang mencari telefon pintar sudah tentu mahukan yang terbaik dari segi ciri-ciri penggunaan kamera supaya gambar nampak cantik.


Usah khuatir kerana realme C11 mempunyai kamera utama yang menggunakan sensor gambar 13 MP dengan bukaan luas, f/2.2 yang cukup bagi menjamin cahaya, menjadikan gambar lebih jelas dan terang. 

Selain itu, ia juga menyokong PDAF yang menjadikan fokus lebih cepat dan tepat dengan zoom 4x yang memungkinkan pengguna untuk mengambil gambar yang jelas dari jarak jauh.

Kamera belakang di realme C11 pula menyokong kesan bokeh yang menjadikan subjek lebih menonjol. 

Ia dilengkapi dengan mod pemandangan malam yang memberi pengguna kemampuan untuk menangkap gambar malam terbaik dan berkualiti.

Dalam keseronokan anda bergambar sudah tentu kadangkala risau juga kan kut kut telefon jatuh ya tak?

Persoalan ini pun korang  tidak perlu risau sebab pada bahagian belakang telefon, ia mempunyai kesan cahaya reflektif khas yang membuatkan pengguna berasa lebih selesa ketika memegangnya selain mencegah calar atau tergelincir dari tangan. 

realme C11 dipadankan dengan sistem Android 10 dan ColorOS 7 dengan realme UI yang dibina dengan lancar dan menyeronokkan. 

Sebagai contoh, pengguna dapat menghidupkan mod fokus semasa belajar, ciri mod gelap di mana ia akan dimatikan secara automatik ketika matahari terbit dan dihidupkan ketika matahari terbenam malah boleh gunakan 3 jari untuk screenshot.

Sesungguhnya, realme C11  direka berdasarkan pilihan pengguna muda dan sebab itu harganya mampu milik bagi pelajar dan remaja dan sudah tentu tidak membebankan kewangan ibu bapa untuk membelinya.

realme Buds 2 akan diberi secara percuma kepada pembeli dalam talian Shopee pada 7 Julai ini.


Sempena pelancarannya. realme C11 hanya boleh diperolehi  melalui jualan secara online melalui platform Shopee pada 7 Julai 2020 ini yang mana setiap pembelian dihadiahkan realme Buds 2 secara percuma.

Korang boleh pilih daripada dua warna yang ditawarkan iaitu ‘mint green’  (hijau pudina) atau pun ‘pepper grey’. (kelabu lada). 

Jualan ‘offline’ masih belum ditetapkan jadi korang kenalah sabar menunggu berita lanjutnya ya.

Apa pun untuk perkembangan lanjut boleh ikuti laman rasmi Facebook dan Instagram @realmemalaysia. - KitaReporters.com

1
0
1
1
0

Copy Link: