MENGHARUNGI rumah tangga pasti ada gelombangnya, namun saat yang paling indah bagi setiap pasangan apabila mengetahui bakal menyambut kehadiran orang baru, pasti tidak sabar menunggu saat kelahiran berkenaan. Selepas berita kehamilan, berita yang dinanti-nantikan ialah bayi itu 'baby boy' atau 'baby girl'. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan bayi:

https://kitareporters.com/search?search=bayi


Kini  muncul pula budaya baharu bagi pasangan suami isteri yang muda mengadakan majlis mendedahkan jantina bayi sebagai memberi kejutan kepada keluarga terdekat dan sahabat handai

Perkara sama berlaku kepada sepasang suami isteri dari Dubai sanggup mengeluarkan kos yang mahal semata-mata mendedahkan jantina anak yang bakal dilahirkan dalam satu majlis yang diadakan di Burj Khalifa.

Majlis penuh meriah itu dihadiri ahli keluarganya terdekat selain sahabat handai.


Pasangan muda berkenaan yang dikenali Anas dan Asala Maleh memilih bangunan tertinggi di dunia itu untuk mendedahkan jantina anak kedua.

Lebih mengejutkan majlis berkenaan telah memakan kos sebanyak AS$95,000 (RM400,000).

Wow! Kalau di Malaysia dah mampu beli sebiji rumah tu.



Dalam majlis berkenaan, pasangan yang ditemani ahli keluarga terdekat serta sahabat handai dikelilingi limpahan cahaya daripada menara berkenaan selain mengira detik kepada pengumuman dibuat.

Mereka secara beramai-ramai mengira detik berkenaan dalam keadaan penuh teruja.

Malah pasangan muda itu menangis kegembiraan selepas bangunan pencakar langit mengeluarkan warna biru sekali gus menandakan mereka bakal menerima anak lelaki.

Turut kelihatan ahli keluarga dan sahabat handai pasangan itu kelihatan gembiran dengan berita berkenaan. - KitaReporters

0
6
0
0
1

Copy Link: