Masya-Allah! Padang pasir jadi kebun bunga ungu! Ditumbuhi bunga lavender! Hari kiamat kian hampir?

Published by
KitaReporters


Jika dahulu kecoh dalam media sosial apabila gambar tular padang pasir di Arab Saudi yang dahulunya tandus kini bertukar rumput hijau. 

Kini tular lagi lagi beberapa gambar dan video yang menunjukkan pemandangan padang pasir di Arab Saudi subur dengan hamparan kebun bunga berwarna bunga.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan negara Arab Saudi


Apatah lagi kini apa sahaja yang berlaku di negara padang pasir itu pastinya menjadi tumpuan masyarakat di seluruh dunia sehingga ada yang mengaitkannya dengan hampirnya hari kiamat.

Memetik sumber Al Arabiya, pemandangan indah itu berlaku selepas musim sejuk hingga menyebabkan tumbuh-tumbuhan di kawasan itu subur di kawasan gurun berkenaan.

Malah difahamkan kejadian itu berlaku di kawasan Kota Rafha, Utara Arab Saudi dan pemandangan bunga lavender itu terjadi dalam tempoh 15 hingga 20 hari dalam setahun akibat daripada hujan lebat.



Media rasmi Tanah Suci Mekah, Haramain Sharifain sebelum ini berkata kawasan yang tandus menjadi subur akibat menerima hujan yang berterusan sebanyak dua hingga tiga kali sehari. 

Ia sekali gus menjadikan kawasan tersebut menjadi tumpuan pelancongan kawasan setempat hingga menyebabkan ada yang ke sana semata-mata melihat fenomena pelik itu.

Tidak hairanlah kalau terdapat penduduk setempat menikmatai pemandangan dan menghabiskan masa mereka untuk beristirehat dan berkelah di sana.

Bagaimanapun, terdapat pengikut dialammedia sosial sering mengaitkannya dengan tanda-tanda hari kiamat selain terpegun dengan keindahan Arab Saudi yang kini mempunyai tarikan terbaharu di negara padang pasir itu. - KitaReporter 


8
12
1
10
0

Copy Link: