Biar betul! Nak wang segera RM9k? Hanya lepaskan 100 ekor lipas di dalam rumah! Ada sanggup ke?

Published by
KitaReporters


JIKA kelihatan lipas di dalam rumah siapa sahaja tidak takut. Serangga lipas ini sangat menggelikan ramai orang kerana ia suka terbang kepada pemangsa, lagi-lagi ketika berada di tandas.

Namun begitu, sebuah syarikat kawalan serangga membuat tawaran kepada sesiapa yang sudi ‘ternak’ lipas dalam rumah akan diberikan wang tunai AS$2,000 (RM9,000).

Syaratnya sangatlah mudah, pemilik rumah perlu mengizinkan syarikat tersebut untuk melepaskan 100 ekor lipas di dalam rumah mereka selama 30 hari.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan serangga lipas



Syarikat kawalan serangga perosak, Pest Informer, yang berpangkalan di Carolina Utara, Amerika Syarikat itu membuat tawaran AS$2,000 untuk ternak lipas di rumah bertujuan untuk penyelidikan mereka yang melibatkan 5 hingga 7 buah rumah.

Menurut Insider, kediaman mereka mestilah di sekitar Amerika Syarikat dan pemiliknya wajib berumur 21 tahun dan ke atas. Ini kerana syarikat tersebut membuat tawaran ini untuk menggunakan teknik baharu yang masih dalam penyelidikan

Jika ia tidak berhasil dalam tempoh 30 hari syarikat ini akan menggunakan cara lain dan tradisional bagi menghalau lipas tersebut.

Tahun ini adalah tahun ke-26 syarikat ini menghasilkan teknologi menghalau serangga dengan teknik mesra haiwan peliharaan.

Ada ke dalam kalangan anda yang sanggup nak hidup dengan 100 ekor lipas di dalam rumah ni? - KitaReporters


15
14
0
12
0

Copy Link: