Video| Penduduk Felda Chini gempar! Gajah-gajah liar muncul di tepi lebuh raya! Sila waspada!

Published by
KitaReporters


PENDUDUK sekitar Felda Chini gempar apabila satu video menunjukkan sekawanan gajah liar yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook dalam grup Aku Budak Chini (ABC) pada Isnin, 29 Mac 2021.

Mengikut apa yang diperkatakan oleh individu terbabit, lokasi penemuan sekawanan gajah liar itu berlaku di tepi lebuh raya Kuantan-Segamat berhampiran simpang masuk ke gugusan Felda Chini, Pekan, Pahang.

“Gajah kat simpang Chini. Hati-hatilah di jalan raya,” tulis individu yang dikenali sebagai Aliff Rahman.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan gajah

Kelihatan kawanan gajah berdekatan lebuh raya Kuantan-Segamat berdekatan simpang masuk ke gugusan Felda Chini, Pekan Pahang. - Kredit video: Aliff Rahman


Orang ramai diseru agar berhati-hati ketika melalui kawasan ini.


Pergerakan gajah-gajah liar itu berjaya dirakam oleh pengguna jalan raya di situ. Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila tarikh rakaman tersebut. Namun ia dipercayai berlaku pada waktu pagi 29 Mac 2021.

Dalam video tersebut, kelihatan sekawanan gajah sedang mencari makan di kawasan ladang kelapa sawit berdekatan. Dalam masa yang sama, kedengaran dan kelihatan kenderaan melalui lebuh raya tersebut. 

Malah beberapa orang pengguna jalan raya yang menaiki motosikal, berhenti untuk melihat dan merakam kejadian tersebut. 



Dibimbangi gajah-gajah berkenaan melintas jalan dan ini membahayakan gajah dan juga pengguna jalan raya.


Orang ramai tidak melepaskan peluang melihat kawanan gajah.


Sementara itu, rata-rata netizen dalam grup ABC terkejut dan saling memesan agar pengguna jalan raya berhati-hati kerana bimbang kejadian tidak diingini berlaku.

Malah, ada yang mengandaikan, kehadiran sekawanan gajah tersebut besar kemungkinan disebabkan habitat mereka terganggu dan musnah dek pembangunan dan penggondolan hutan.

“Hutan makin pupus sampai hidupan liar pun kurang tempat berteduh,” tulis salah seorang netizen yang bersimpati dengan nasib gajah-gajah tersebut.

Semoga pihak terbabit, dapat membantau dan memantau kawanan gajah ini sebelum kejadian buruk berlaku. 

Gajah tidak akan berani masuk ke kawasan manusia sekiranya habitat mereka tidak diganggu atau musnah. - KitaReporters



Ramai yang beranggapan habitat asal gajah ini sudah musnah dan terganggu.

10
3
4
4
2

Copy Link: