PEMAKAIAN pelitup muka ketika berada di kawasan umum terutama di tempat yang sesak menjadi kewajipan semua pihak dalam norma kehidupan baru kini.

Malah, sesiapa yang tidak mematuhi pemakaian boleh kenakan denda sehingga RM1,000 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342]. 

Kini pelbagai jenis pelitup muka berada di pasaran bagi memudahkan orang ramai membuat pilihan.


Lagi kisah menarik berkaitan pelitup muka



Menyedari kepentingan itu, seorang saintis  Jepun telah membangunkan pelitup muka yang menggunakan antibodi burung unta untuk mengesan COVID-19 dengan bercahaya di bawah cahaya ultraviolet.

Wow! hebatnya dalam banyak-banyak di dunia burung unta dipilih. Pemilihan berkenaan semestinya mempunyai kehebatan tersendiri!

Namun penyelidik Universiti Prefektur Kyoto, Yasuhiro Tsukamoto dan pasukannya mempunyai jawapan tersendiri ke atas perkara itu dan  mendakwa pelitup muka berkenaan akan bercahaya di bawah sinaran ultraviolet.



Kumpulan penyelidik itu mula mencipta penapis topeng yang disalut dengan antibodi burung unta bagi menyasarkan wabak koronavirus, berdasarkan penyelidikan terdahulu yang menunjukkan haiwan berkenaan mempunyai daya tahan kuat terhadap penyakit.

Menerusi kajian kecil, subjek ujian memakai pelitup muka dan selepas lapan jam, penapis dikeluarkan dan disembur dengan bahan kimia yang bersinar di bawah cahaya ultraviolet jika virus itu dikesan.

Penapis yang dipakai oleh individu yang dijangkiti COVID-19 bersinar di sekitar kawasan hidung dan mulut.

Pasukan itu berharap untuk membangunkan lagi pelitup muka tersebut supaya ia akan bersinar secara automatik tanpa pencahayaan khas, jika virus itu dikesan.



Tsukamoto, seorang profesor veterinar dan presiden universiti, telah mengkaji burung unta selama bertahun-tahun mencari cara untuk menyesuaikan imuniti mereka bagi melawan selesema burung, alahan dan penyakit lain.

Tsukamoto memberitahu agensi berita Kyodo bahawa dia mendapati dirinya positif COVID-19 selepas dia memakai salah satu topeng khas dan mendapati ia bersinar apabila diperiksa.

Semoga ciptaan ini mampu mengawal dan mengekang penularan kes COVID-19 yang masih 'melanda' dunia hari ini. - KitaReporters


13
13
0
13
0

Copy Link: