Video| Kereta Proton Saga tahun 1989 nak dijual! Nampak macam kereta baru keluar dari kilang!

Published by
KitaReporters


PROTON Saga bagi Malaysia adalah kereta yang bersejarah kerana mampu untuk mengeluarkan kereta buatan sendiri. 

Proton dan Proton Saga tidak dapat dipisahkan. Bermula hanya dari sehelai kertas kosong, Proton adalah cetusan idea daripada Perdana Menteri keempat Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1985.

Oleh itu tular baru-baru ini dalam Facebook mengenai sebuah kereta Proton Saga tahun 1989 yang dijual pada harga RM25,000. Dikatakan kereta ini berada di Pasir Gudang, Johor untuk dijual dalam kondisi seperti baru keluar dari kilang lagi.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Proton:

https://kitareporters.com/search?search=Proton



Namun orang yang memasukkan gambar kereta Proton Saga ini tidak mengetahui lebih lanjut siapa pemilik sebenar kereta tersebut kerana menerima info tentang penjualan kereta Proton Saga ini daripada group WhatsApp. 

Apa yang lebih menarik perhatian ramai netizen, ternyata gambar yang dikongsikan untuk penjualan kereta Proton Saga ini kelihatan seperti baru sahaja dibeli siap dengan buku manual asal kereta.





Rata-rata netizen memuji kereta Proton Saga ini kerana berasa sangat kagum melihat penjagaan kereta ini yang sangat cantik dan unik seperti baru sahaja dibeli meskipun kereta ini model paling lama seperti yang kita semua ketahui.





Bukan itu sahaja, seorang netizen juga telah berkongsi video proses restorasi kereta Proton Saga ini yang telah dikongsikan oleh pemilik kereta ini dalam YouTube.

Bagi anda yang berminat untuk memiliki kereta Proton Saga model ini, anda boleh hubungi pemilik asal untuk mengetahui lebih lanjut lagi.

Memang patut kereta Proton Saga ini dipuji oleh netizen di luar sana kerana hasil kerja mereka sangat kemas dan teliti. - KitaReporters



2
2
0
0
0

Copy Link: