ENAM buah sekolah di Perak ditutup sementara selama tujuh hari bermula esok, Isnin 12 Oktober 2020 ekoran terdapat kes positif Covid-19 membabitkan warga sekolah tersebut. Nampaknya jumlah sekolah ditutup seluruh negara terus bertambah sejajar dengan peningkatan kes baharu Covid-19. : KitaReporters 


Lagi cerita-cerita berkaitan Perak:

https://kitareporters.com/search?search=perak


Sekolah terlibat adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King Edward VII, SMK (P) Treacher Methodist, SMK Bukit Jana,  Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Jana, SK Convent Kota dan SK Ulu Mengkuang. 

Penutupan sekolah di daerah Larut Matang dan Selama itu disahkan oleh Pengerusi Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria.

Razman Zakaria


Razman ketika dihubungi meminta ibu bapa dan penjaga tidak panik dengan langkah penutupan itu kerana ia adalah tindakan pencegahan awal selaras dengan arahan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Katanya, langkah itu juga bagi mengurangkan risiko penularan wabak tambahan lagi kedudukan sekolah-sekolah terlibat adalah berhampiran dengan pusat tahanan perlindungan di Taiping yang mempunyai rekod jangkitan wabak tersebut. 

"Semua pihak terutama ibu bapa dan penjaga diminta mematuhi semua arahan yang dikeluarkan pihak sekolah. 

"Pemantauan juga dilakukan dari semasa ke semasa dan sekiranya terdapat penularan wabak tersebut, pihak sekolah diminta berhubung segera dengan Jabatan Pendidikan Daerah," katanya.


Situasi semasa kes Covid-19 mengikut mukim di Perak
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataannya baru-baru ini berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) boleh menutup sekolah sekiranya terdapat kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan warga sekolah. 

Menurut Muhyiddin, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan beliau pada Jumaat 9 Oktober 2020 lalu. 

Dalam keputusan itu, Kementerian Pendidikan boleh mengeluarkan arahan penutupan sekolah tanpa menunggu penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). - KitaReporters

0
0
0
0
0

Copy Link: