Video| Tengok sini! Barulah King of the Road! Myvi tunjuk cara redah air kepada kereta import!

Published by
KitaReporters


SEMALAM Isnin, 7 Mac 2022 telah berlaku banjir kilat yang agak teruk di sekitar Kuala Lumpur termasuk di Kuchai sehingga banyak kenderaan tersekat di jalan raya dan ada sesetengah kenderaan ditenggelami air kerana tidak dapat bergerak.

Namun begitu, viral satu video apabila kenderaan yang digelar King of the Road telah berjaya melalui jalan yang dipenuhi air di sebuah kawasan yang dinaiki banjir.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Perodua Myvi


Apa yang membanggakan, kenderaan Mazda yang diimport dari luar negara tersekat di dalam air manakala kereta buatan Malaysia pula telah membuktikan ia lebih baik dengan bersahaja meredah banjir.




Video yang hanya berdurasi 9 saat itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan rata-rata memuji Myvi tersebut.



Nama Myvi di Malaysia sememangnya cukup terkenal dek kerana pelbagai aksi dan kontroversi telah dilalui oleh kereta jenama ini. 

Bagi pengguna Myvi, anda tetap akan bergelar king di atas jalan raya biarpun anda memandu perlahan. - KitaReporters


7
11
0
15
0

Copy Link: