Penguat kuasa  berada di lokasi penemuan bangkai kucing yang ditemukan dibunuh di Pantai Bukit Keluang, Besut. - Kredit gambar: Media Sosial


PENGUNJUNG yang berkunjung ke Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu untuk beriadah sambil menikmati keindahan alam semula jadi dan menikmati udara nyaman di pantai pelancongan terkenal itu dikejutkan dengan penemuan lebih sepuluh bangkai kucing dipercayai diracun oleh pihak tidak bertanggungjawab

Bangkai kucing tersebut ditanam dalam sebuah lubang yang digali di dalam pasir berhampiran pantai dipercayai dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab dalam tempoh beberapa hari lalu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kucing

 

Paparan kisah kucing mati diracun yang tular dalam media sosial.


Penemuan bangkai kucing berkenaan menimbulkan kemarahan dalam kalangan orang ramai termasuk pengikut media sosial selepas ia tular dengan paparan beberapa keping gambar dalam pelbagai medium. 

Susulan itu ramai peminat haiwan terutama kucing mengutuk perbuatan khianat yang dilakukan oleh pihak terbabit kerana ia disifatkan tidak berperikemanusiaan dan bertindak di luar batasan.


Anggota Penguat kuasa mengali pasir dan menemuakan kucing-kucing yang mati diracun oleh pihak tidak bertanggungjawab.


Sekumpulan kucing yang menjadi mangsa keganasan manusia itu dipercayai dibunuh menggunakan racun sebelum ia ditanam dalam sebuah lubang di tepi pantai tersebut.

Seorang netizen, Mustaqim Bahadon yang memetik hadis menulis: “Perbuatan menyeksa atau menganiaya binatang adalah jelas haramnya. Al-Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah mengkategorikan menyeksa binatang itu termasuk dalam dosa-dosa besar." 

Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: “Sesiapa yang menyeksa sesuatu yang bernyawa, lalu tidak bertaubat, nescaya Allah menyeksanya pada Hari Kiamat.” (Hadis riwayat Ahmad).

Baginda SAW juga bersabda: Maksudnya: “Seorang wanita masuk ke dalam neraka kerana seekor kucing yang ditambatnya tanpa diberikan makan, dan dia tidak melepaskan kucing tersebut untuk makan sendiri binatang yang berkeliaran di atas muka bumi.” Riwayat al-Bukhari (3318) dan Muslim (2619)


Sebahagaian kucing yang mati diracun ditemukan dalam sebuah lubang di Pantai Bukit Keluang,Besut


Nyawa setiap binatang juga perlu dipelihara dan tidak boleh dibunuh sesuka hati secara sewenang-wenangnya. 

Nabi SAW bersabda: "Maksudnya: Barang siapa yang membunuh burung kecil tanpa sebab, ia akan mengadu kepada Allah SWT pada hari kiamat dan berkata: Wahai Tuhan, sesungguhnya si fulan telah membunuhku dengan sia-sia tanpa sebab dan tidak membunuhku kerana sebarang manfaat. (Sunan an-Nasa’ie; 4446)

Sementara itu, seorang lagi netizen Nik Erra Nik Yahya berkata, beliau sedih dengan perbuatan tersebut sambil menyifatkan ia amat kejam dan tidak bertamadun.

Katanya, beliau mengetahui kejadian itu selepas membaca kisah sedih yang tular menerusi media sosial.

“Saya amat terkejut dan marah kerana kelakuan yang di luar batasan, apa kesalahan yang dilakukan oleh kucing-kucing berkenaan,” katanya yang juga pencinta haiwan. - KitaReporters


Nik Erra Nik Yahya

8
13
2
12
0

Copy Link: