Video| Tahulah bulan puasa! Kucing pun pandai makan kurma! Baru betul ikut sunah! Jimat kibbles bibik!

Published by
KitaReporters


Kucing dalam TikTok kebanyakanya sudah ‘rosak’! Itulah kebanyakan pendapat netizen apabila melihat kelakuan aneh haiwan bergelar kucing dalam TikTok. 

Dalam erti kata lain, semuanya tidak mengikut fitrah seekor kucing terutama bab makanan. Haiwan manja ini adalah karnivor, iaitu pemakan daging sama seperti saudaranya, harimau! Namun, jangan terkejut kalau anda terlihat kucing makan selain daging. 

Dalam TikTok banyak dikongsikan sifat pelik haiwan tersebut. Tapi yang diceritakan di sini ialah kucing domestik dan bukannya kucing liar seperti kucing hutan. Jangan salah faham.

Perkongsian seorang pengguna TikTok bernama Azura Aslinda mengenai kelakuan aneh kucing peliharaannya menjadi tarikan netizen. Apa tidaknya, dia dapati kucingnya menggemari buah kurma. 

Hal itu diketahui secara tidak sengaja ketika dia menghulurkan buah tersebut kepada kucingnya.



“Tak tercapai dek akal. Kucing saya ni memilih bab makan. Biskut dia terpaksa beli jenama Royal Canin sebab dia tak mahu jenama lain. Dah macam-macam jenama saya cuba. Wetfood pun cuma jenama Whiskas Ocean Fish. Beli yang lain dia buat bodoh je.

“Takpun, lepas makan, muntah. Dan dia paling suka tulang. Dia kunyah tulang macam makan keropok. Manalah saya nak sangka rupanya dia suka makan kurma. 

"Adoilah Kecik. Nama dia Kecik. Sebab masa bela dia dulu, umur dia sebulan, paling kecil dan kurus antara adik-beradik dia. Sebab takut dia tak boleh survive, saya ambil dia bawa balik dan bela. Sekarang ni dah tak kecil dah. Berat nak mampus. Umur dia hampir lima tahun,” tulisnya.

Selain itu, Azura menceritakan juga bagaimana dia mendapat tahu kucing menggemari buah kurma. 

Segalanya bermula ketika dia bangun untuk bersahur. Seperti biasa, melihat tuannya makan, pasti kucing akan datang menyendeng. 

Ketika itulah Azura sengaja mengacah kucingnya itu dengan buah kurma. Tanpa dijangka, kucingnya itu dengan rakus terus menjamah buah kurma tersebut. 

“Selama ini, tak terfikir pun kucing makan kurma. Hari tu saja je acah-acah kat hidung dia sebab suka menyibuk orang nak sahur. Tahu-tahu dia ngap (makan),” ceritanya kepada netizen yang bertanya.



Rata-rata netizen terkejut dengan nafsu aneh kucing tersebut. Malah, ada yang berseloroh kucing tersebut juga mahu amalkan sunah dengan memakan buah kurma.

“Masya-Allah. Kucing pun ikut sunah,” tulis salah seorang netizen.

Macam-macam sikap aneh kucing zaman sekarang. Habis ‘rosak’ semuanya. Mungkin mereka juga mahu ikut perkembangan zaman. Kalau banyak lagi kucing jenis macam ni, jimat sedikit kibbles bibik. Tak gitu! - KitaReporters


16
6
0
23
0

Copy Link: