Video| Gila kau dik! Cipta starter motosikal guna pengunci pintu! Memang terbaik! Tapi mudah dicuri!

Published by
KitaReporters


ZAMAN sekarang ini semua benda boleh diubah dan dicipta dengan hanya menggunakan internet kerana semua perkara boleh didapati di sana. 

Lagi-lagi golongan belia sekarang yang selalu mencipta sesuatu teknologi luar daripada pemikiran kita semua.

Tular sebuah video dalam TikTok memaparkan sebuah motosikal dilihat hanya menggunakan pengunci pintu sebagai starter sehingga menjadi perhatian ramai netizen kerana teknologi yang berjaya yang dicipta olehnya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan inovasi dan ciptaan


Apa yang dapat dilihat apabila pemilik kepada motosikal ini menunjukkan cara menghidupkan motosikalnya dengan hanya menggunakan alat pengunci seperti pengunci atau penyelak pintu di rumah.

Ternyata rata-rata netizen yang melihat video ini berasa sangat terkejut dan memuji idea pemuda ini kerana sangat memudahkan penunggang motosikal. 

Namun ada juga yang berpendapat bahawa ideanya itu amat memudahkan si pencuri untuk mengambil motosikalnya itu.



Inovasi pemuda ini sangat memudahkan pemilik motosikal di luar sana, tetapi banyak penambahbaikan perlu dilakukan agar ia tidak memberi masalah kepada pemilik motosikal nanti. - KitaReporters


6
24
0
14
0

Copy Link: