Kosk! Pelitup muka ciptaan terkini Korea Selatan! Tutup hidung sahaja! Undang kecaman pengguna!

Published by
KitaReporters


SUDAH menjadi norma baharu bagi masyarakat dunia hari ini dengan mewajibkan semua individu 'bergaya'  dengan pelitup muka sejak dua tahun kebelakangan ini.

Ke mana sahaja pergi, pelitup muka sudah menjadi 'rakan karib' yang perlu dibawa bersama sebagai pelindung kepada penyebaran virus COVID-19.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan pelitup muka


Pemakaian pelitup muka tersebut direka untuk menutup bahagian di bawah hidung hingga bahagian dagu kerana dipercayai boleh mengelak virus tersebar melalui udara yang disedut melalui hidung dan mulut.

Namun di Korea Selatan, tular apabila pelitup muka direka hanya menutupi hidung pemakainya sahaja.

Situasi itu mendapat perhatian akhbar-akhbar Barat. Malah ramai yangmengecam ciptaan tersebut!



Sangat melucukan apabila ia terdiri daripada dua bahagian dengan satu daripadanya boleh ditanggalkan untuk membiarkan mulut pemakai terdedah.  

Pelitup muka tersebut direka untuk memberikan perlindungan terhadap COVID-19 semasa pengguna sedang makan. Namun ia juga boleh dipakai di hidung pada bila-bila masa sahaja. 

Pelitup muka itu dipanggil ‘kosk’ iaitu gabungan perkataan Korea, ‘ko’ untuk hidung dan sk untuk pelitup. Pelitup muka unik dan kontroversi itu dijual oleh syarikat dari Korea Selatan, Atman.

Kosk adalah salah satu pelitup muka yang boleh didapati di Korea Selatan. 

Trend luar daripada kebiasaan itu mencetuskan kontroversi di Barat apabila ramai menganggapnya sebagai tidak relevan dan tidak berguna sama sekali.


Cara pemakaian kosk. - Kredit foto: bagikanberita.pikiran-rakyat.com


“Tiada beza dengan orang ramai yang memakai pelitup muka di bawah hidung mereka,’’ demikian ciapan seorang pengguna Twitter mengenai kosk.

Sebelum ini kajian mendapati hidung adalah laluan paling mudah untuk virus COVID-19 memasuki badan manusia.

Malah, sesetengah pakar kesihatan percaya mengenakan pelitup hidung adalah hidung lebih baik daripada langsung tidak memakai pelitup muka.

Kosk dikatakan mempunyai penarafan lima bintang di platform beli-belah Korea Selatan, Coupang satu pek berisi 10 kosk dijual pada harga 9,800 won (RM34.18).

Satu pek berisi tiga helai pelitup muka serupa daripada Spar Clone Fabric berharga 2,000 won (RM6.98) yang boleh digunakan semula berulang kali.

Tak mustahil Kosk juga akan tiba di Malaysia tidak lama lagi! Jadi pilihan pada tangan kita sendiri. - KitaReporters


18
10
0
10
0

Copy Link: