Berita Terkini| 593 bebuli vaksin Pfizer-BioNTech dihantar pulang kepada pengeluar! Sebab rosak

Published by
KitaReporters


KERAJAAN memulangkan semula 593 bebuli vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech kepada syarikat pengeluar di Belgium berikutan mengalami kerosakan sebelum dapat digunakan.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyatakan daripada jumlah itu, 585 bebuli vaksin ditolak kerana masalah penyimpanan sewaktu penghantaran ke negara ini.

Manakala lapan bebuli pula tidak dapat digunakan kerana masalah penyimpanan suhu dalam negara.



“Secara keseluruhan, 593 bebuli vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech bersamaan 3,558 dos ditolak dan tidak dapat digunakan,” katanya di Putrajaya pada Isnin, 5 April 2021

10 Mac 2021 lalu, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi memberitahu sebanyak 585 bebuli vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech yang diterima Malaysia sebelum ini dipulangkan semula kerana didapati telah rosak.

Kesemua dos vaksin tersebut rosak semasa perjalanan dari kilang di Belgium ke Malaysia. - KitaReporters

0
1
0
0
0

Copy Link: