Video| Tetap sumbang walaupun tenat wang! YKAT beri duit raya untuk 17 artis veteran! RM1k seorang!
Published byDitubuh sebagai Yayasan Artis 1 Malaysia pada 11 November 2012, ia ditukar kepada Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) berkuat kuasa 5 Jun 2018.

Yayasan yang diasaskan oleh Datuk DJ Dave atau Irwan Shah Abdullah ini bermatlamat menjadi ‘talian hayat’ bagi membela nasib penggiat seni tanah air (pelakon, penyanyi, pemuzik, dan krew produksi) yang menghadapi kesusahan hidup, sakit terlantar, atau kurang pendapatan. Ketika awal penubuhannya, YKAT mempunyai kewangan yang kukuh kerana mendapat sumbangan daripada pihak kerajaan. Namun apabila kerajaan bertukar, sumbangan terhenti.
Sudah lapan tahun YKAT tidak menerima sumbangan Kerajaan.
Dalam sumber kewangan semakin menipis, YKAT meneruskan kerja kebajikan membantu golongan artis berusia 60 tahun ke atas yang memerlukan dengan mengurangkan kos operasi pengurusan.
Dan yayasan melakukan usaha lain untuk mencari sumber kewangan.

Setakat ini, YKAT bergantung kepada program-program kebajikan yang dianjurkan untuk mengumpul dana.
Contohnya, tahun 2026, YKAT melaksanakan majlis makan malam di Sime Darby Convention Centre dan berjaya mengumpul kira-kira RM300,000.
Pihak yayasan membantu insan seni pelbagai kaum. Justeru penyampaian sumbangan diberi setiap perayaan kaum iaitu Hari raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krismas.
Dan sejajar dengan konsep perpaduan, pada setiap perayaan, penerima sumbangan terdiri pelbagai kaum. Setiap penerima sumbangan diberi wang bernilai RM1,000.
Penerima sumbangan Hari Raya YKAT bersama ahli jawatankuasa dan tetamu. - Kredit foto: YKAT
Dalam majlis Penyampaian Sumbangan Sempena Hari Raya Aidilfitri pada 11 Maz 2026, seramai 17 insan seni menerima sumbangan RM1,000 itu.
Selain DJ Dave turut hadir pada majlis tersebut ialah Naib Pengerusi, Datuk M Nasir serta anggota pemegang amanah iaitu Datuk Nash, Datuk Nancie Foo dan Prof. Emeritus Datuk Dr Ahmad.
Turut hadir Pengurus Komunikasi Korporat Royale Chulan Hotels & Resorts, Dangsuria Zainuedin dan Pengurus Hotel Royale Chulan The Curve, Abdillah Adnan.

DJ Dave
"Sudah lapan tahun YKAT tidak menerima sebarang sumbangan daripada kerajaan. Beberapa kertas cadangan telah dihantar, tetapi tiada maklum balas diterima. Mungkin belum ada rezeki.
"Setakat ini, YKAT bergantung kepada program-program kebajikan yang dianjurkan untuk mengumpul dana.
"Contohnya, tahun lalu (2025) kami melaksanakan majlis makan malam di Sime Darby Convention Centre dan berjaya mengumpul sekitar RM300,000.
"Kami mengharapkan kerajaan dapat mempertimbangkan untuk menyalurkan peruntukan agar lebih ramai artis veteran dapat dibantu," katanya. - KitaReporters
Berikut ialah senarai penerima sumbangan Hari Raya Aidilfitri:
1. Sohaimi Mior Hassan,
2. Selvaraja A/L Govindasamy,
3. Zaidi Omar,
4. Mohamad Khair Mohd Noor,
5. Khoo Siew Bee
6. Zulkifli Mohd Nadzar,
7. Gurcharan Singh,
8. Ng Siew Meng,
9. Afee (U-Topia),
10. Khoo Chee Sing,
11. Shahriza Mahmud,
12. Umarul (Iklim),
13. Fairuz Husin,
14. Farid Amirul (Inspektor Lim),
15. Shafi’ee (Rio),
16. Hamdan (Bloodshed),
17. Nizam (Laksamana).
