Gambar hiasan... Masih terdapat kekurangan guru di beberapa buah negeri pada ketika ini.  - Kredit foto: Bernama


EMPAT buah negeri kini mencatatkan kekosongan guru tertinggi buat masa ini iaitu Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Md Jidin berkata ia melibatkan sekolah menengah dan rendah sekali gus menyebabkan wujudnya jurang tenaga pengajar sehingga jadi cabaran utama sistem pendidikan negara masa kini.

“Terdapat lima mata pelajaran alami kekurangan guru bagi sekolah menengah iaitu bagi Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Khas, Pendidikan Agama Islam, dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

“Manakala, untuk sekolah menengah pula membabitkan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Khas, Pendidikan Agama Islam, dan Reka Bentuk dan Teknologi,” katanya yang dipetik laporan Utusan Malaysia pada 20 Jun 2021.

Tambah beliau, pihaknya melaksanakan kerjasama strategik pengambilan khas guru bersama Jabatan Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Perkhidmatan berkenaan konteks kelulusan khas pengisian jawatan dan persetujuan pelantikan.

“Ia melibatkan pengambilan khas guru secara membabitkan 18,702 pegawai perkhidmatan pendidikan gred DG41 bermula Julai 2021.

“Satu pendekatan baharu pengambilan guru juga dilakukan iaitu menerusi kluster opsyen mata pelajaran dan kepelbagaian kaedah pelantikan,” ujarnya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

1
0
0
0
0

Copy Link: