PELAKON Zul Ariffin, 36, membuat satu lagi kejutan tahun 2022 ini apabila menghadiahkan sebuah kereta mewah jenama Range Rover kepada pengarah urusan dan penerbit eksekutif syarikat filem, Tayangan Unggul, Gayatri Pillai atau nama lengkapnya Gayatri Su-Lin Pillai, 47.

Alasan Zul atau nama penuhnya Zulkifli Ariffin memberikan hadiah kereta mewah bernilai ratusan ribu ringgit itu adalah sebagai tanda sayang kepada teman yang persahabatan sudah terjalin selama 10 tahun.

Namun timbul tanda tanya dalam kalangan peminatnya adakah ia benar-benar sebagai hadiah persahabatan?


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelakon Zul Ariffin

Gayatri bangga menerima hadiah kereta mewah daripada Zul Ariffin. - Kredit foto: TikTok @gaya_pillai


Ada anggapan ia adalah sebagai hadiah ‘melamar’ semula hubungan cinta yang terkandas dahulu.

Pemerhati bidang seni tanah air pasti mengingati Zul Ariffin dan Gayatri pernah mempunyai hubungan cinta selama beberapa tahun. Kemudian putus namun terus berkawan dan menjalin persahabatan sehingga kini.

Menurut laporan, Zul dan Gayatri pernah menjalinkan hubungan cinta pada tahun 2013. Namun hubungan itu putus dua tahun kemudian. Selepas itu Zul bercinta dengan pelakon Zahirah MacWilson.


Gayatri dan Zul Ariffin. - Kredit foto: IG gayatripillai


Hubungan cinta itu bermula apabila Zul berlakon filem ‘Penanggal’ kemudian ‘Bikers Kental’ keluaran Tayangan Unggul. Sebagai penerbit eksekutif Tayangan Unggul, Gayatri banyak memberi peluang kepada Zul Arifin berlakon filem. 

Sejak Tayangan Unggul ditubuh pada 1996, syarikat penerbitan filem itu yang merupakan anak syarikat Astro All Asia Networks telah aktif menghasilkan lebih 40 filem bermula dengan ‘KL Menjerit’ pada 2012. 

Sejumlah filem Tayangan Unggul mendapat kutipan boxoffice (pecah panggung) dengan sebahagiannya dilakonkan oleh Zul Ariffin.




Dalam satu video dalam laman Instagramnya, Gayatri mengucap terima kasih kepada Zul Ariffin akan hadiah kereta idamannya yang tidak diduganya.

"Words escape me (for once in my life!), never imagined I would get such a sweet, wonderful gift such as this, ever!!! Thank you @zul_ariffin... ❤️ from the bottom of my heart 🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍," tulis  Gayatri.

Ketika ditanya petugas media adakah cinta lama kembali bertaut, Gayatri hanya ketawa dan menyerah kepada Zul untuk melakukannya jika dia mahu.

Gayatri ditemui ketika majlis tayangan perdana dan sidang media filem ‘Bunga dan Kayu’ yang diadakan di Berjaya Hills Resort, Bukit Tinggi, Pahang pada Jumaat, 22 April 2022 lalu.



Sementara itu Zul berharap langkahnya menghadiahkan kereta mewah dengan nombor plat 3233 iaitu nombor keberuntungan bagi kaum Cina yang bererti ‘panjang umur’ itu tidak dikaitkan dengan hubungan cinta kembali bertaut.

Gayatri berdarah kacukan Cina-India, belum pernah berkahwin dan fasih berbahasa Melayu.

Tayangan Unggul telah menghasilan lebih 40 tajuk filem dan antara syarikat filem paling produktif di Malaysia.

Dengan sebahagian filem keluarannya mendapat kutipan pecah panggung (boxoffice), Gayatri menjadi antara produser filem yang dihormati. - KitaReporters

18
16
0
8
0

Copy Link: