Ditegur dan dinasihati! Faye Kusairi tak jadi dedahkan aib! Mula-mula mahu bagi tahu rahsia 10 tahun!

Published by
KitaReporters

Pelakon Faye Kusairi menjadi perhatian netizen apabila memuat naik satu status yang mencetuskan pelbagai reaksi dan tanda tanya dalam kalangan pengikut media sosialnya.


Nota: Hantaran ini didapati telah dipadamkan.


Faye Kusairi atau nama sebenarnya Nur Faye Abdul Kusairi sebelum ini dikenali sebagai pelakon drama dan pernah mencuri perhatian menerusi beberapa naskhah televisyen tempatan. Walaupun agak lama tidak muncul secara aktif dalam industri hiburan, namanya masih dikenali dan mempunyai kelompok peminat tersendiri.

Namun, perkongsian terbaharu (12 April 2026) pelakon berkenaan seolah-olah membuka ruang spekulasi apabila dia mempersoalkan kemungkinan untuk mendedahkan rahsia serta aib seseorang yang didakwa telah disimpan selama 10 tahun.

“Apa jadi kalau rahsia dan aib orang 10 tahun lepas aku dedahkan sekarang ek? Tertanya-tanya juga, apa kebaikan yang akan dapat daripada itu sebab kadang-kadang, memang sangat sangat rasa tercabar. Macam mana ya? tulisnya dalam hantaran tersebut.



Status berkenaan pantas menarik perhatian netizen yang rata-ratanya tampil memberi reaksi, sama ada dalam bentuk nasihat, teguran mahupun kecaman. 

Menariknya, kebanyakan komen dilihat tidak menyokong tindakan membuka aib orang lain, sebaliknya mengingatkan tentang implikasi buruk dari sudut moral dan agama.

Seorang netizen bersahaja menasihatkan agar pelakon itu terus move on dan tidak mengungkit kisah lama, sambil menyindir bahawa orang ramai juga sudah tidak mengingati perkara tersebut. 

Pandangan itu turut disokong oleh beberapa netizen lain yang beranggapan isu lama tidak wajar dibangkitkan kembali.

Dalam nada yang lebih sinis, seorang lagi netizen menyatakan bahawa berdasarkan ruangan komen, tiada siapa pun sebenarnya berminat untuk mengetahui aib yang dimaksudkan, sekali gus memberi gambaran bahawa pendedahan tersebut mungkin tidak membawa sebarang manfaat.



Sementara itu, terdapat juga netizen yang mengaitkan tindakan membuka aib dengan persepsi negatif masyarakat. Netizen tersebut mengingatkan bahawa netizen Malaysia tidak menyukai individu yang dianggap ‘penyondol'. Manakala seorang lagi netizen pula menegaskan bahawa setiap individu juga mempunyai aib tersendiri yang mungkin diketahui umum.

Ada juga netizen mengingatkan bahawa membuka aib orang lain bukan sahaja boleh mengundang kebencian, malah bertentangan dengan ajaran Islam yang melarang perbuatan tersebut. Dia menegaskan agar perkara berkenaan diserahkan kepada Allah untuk diadili.

Seorang lagi netizen mengingatkan tentang nilai pahala yang mungkin telah dikumpul selama 10 tahun kerana menjaga aib tersebut dan mengingatkan agar tidak menukarnya menjadi dosa hanya kerana perasaan tercabar.



Ada juga komen yang berbaur kritikan keras. Netizen tersebut meluahkan rasa kecewa dan menyatakan hasrat untuk menyokong kemunculan semula pelakon itu dalam dunia lakonan, namun berubah fikiran selepas melihat sikap yang dipamerkan. Malah, ada yang mengaitkan tindakan tersebut dengan rezeki yang didakwa semakin terhad.

Tidak kurang juga yang memberi amaran tentang kesan negatif terhadap imej diri. Netizen itu secara terus terang menyatakan bahawa tindakan membuka aib boleh menyebabkan pintu rezeki tertutup.

Meskipun tidak diketahui kepada siapa status tersebut ditujukan, reaksi netizen jelas menunjukkan majoriti tidak bersetuju dengan idea mendedahkan aib orang lain. 

Dalam konteks masyarakat dan agama, perbuatan membuka keaiban dianggap sebagai sesuatu yang perlu dielakkan kerana bukan sahaja boleh menjatuhkan maruah individu lain, malah memberi kesan negatif kepada diri sendiri. 



Perkembangan terkini mendapati hantaran tersebut telahpun dipadamkan. Nampaknya Faye menerima teguran dan nasihat peminat-peminatnya dan tidak meneruskan hasratnya.

Alhamdulillah. - KitaReporters

9
20
0
19
0

Copy Link: