Piala Malaysia 2022: Selangor FC manfaatkan bermain di halaman sendiri! Tugas getir nantikan NSFC!

Published by
KitaReporters


SELANGOR FC memanfaatkan peluang bermain di halaman sendiri apabila mencatat kemenangan 2-0 ke atas Negeri Sembilan FC dalam perlawanan pertama Piala Malaysia 2022 yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada malam tadi. (7 November 2022)

Dua jaringan dari Herlison Caion dan Aliff Haiqal Lokman pada separuh masa kedua sudah cukup untuk memberi kelebihan buat Selangor dalam perlawanan kedua nanti. 

Skuad Tan Cheng Hoe menguasai sebahagian besar permainan namun mereka mengalami kesukaran di bahagain penyudah apabila deretan peluang yang hadir tidak dimanfaatkan sebaik mungkin. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pasukan Selangor FC


Selangor boleh berterima kasih kepada Herold Goulon apabila tindakan beliau menjatuhkan Sharul Nazeem membawa padah kepada pasukan pelawat dan memberi kelebihan kepada tuan rumah untuk dapatkan sepakan penalti. 

Lebih parah, Goulon menerima kad merah selepas membantah keputusan pengadil menyebabkan mereka terpaksa bermain 10 pemain sahaja. 

Caion tidak mempersia sepakan tersebut untuk meletakkan Selangor mendahului perlawanan 1-0 di hadapan pada minit ke-56.

Negeri Sembilan cuba mencari gol penyamaan namun serangan mereka tidak begitu bahaya dan kurang memberi kesan buat tuan rumah. 

Perlawanan seperti akan berakhir 1-0 namun pemain gantian, Aliff menceriakan penyokong tuan rumah untuk gol kedua pada minit ke-91 dan memberi kelebihan kepada Selangor untuk mara ke separuh akhir.  


Kredit Foto : FB MFL 


Pujian harus diberikan kepada penjaga gol Negeri Sembilan, Syihan Hazmi kerana banyak menafikan gol dari tuan rumah. Jika tidak beraksi cemerlang, Selangor pasti akan berpesta jaringan dalam perlawanan ini. 

Tugas getir menanti K. Devan apabila perlu bangkit untuk mencari dua gol awal dan memadam kembali kelebihan jaringan Selangor sekali gus mencapai kemenangan untuk ke separuh akhir. 

Mereka akan bertemu kembali untuk perlawanan kedua di Paroi 12 November 2022 nanti untuk mengisi slot ke separuh akhir. Mampukah Negeri Sembilan bangkit atau Selangor akan terus menambah derita skuad Rusa. - KitaReporters


 

13
13
0
16
0

Copy Link: