Video| Rakyat sayang awak! Usaha Aliff Syukri, isteri bantu Azar Azmi berhasil! Dapat kumpul RM40k!

Published by
KitaReporters
Usahawan selebriti terkenal Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, 39, dan isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid, 41, selaku pemilik bersama D'Herbs Holdings (M) Sdn Bhd melakukan perkara terpuji.



Pasangan suami isteri ini mengumpul wang untuk artis Azar Azmi yang menghadapi masalah kewangan dengan meminta orang ramai menghulurkan sumbangan melalui siaran secara langsungnya (live) menjual barangan melalui laman TikTok pada Isnin 14 April 2026.  

Sebelum sesi berbual dengan Azar berlangsung Aliff telah meminta keizinan untuk mengemuka soalan-soalan yang dianggap sensitif dan pelakon ini bersetuju.

Dan siaran langsung kira-kira 2 jam itu di samping melakukan temu ramah, Aliff turut menjual beberapa produknya dengan menyatakan sejumlah wang daripada penjualan produk itu disumbang kepada Azar. 


Azar Azmi tergamam menerima segepuk wang daripada Aliff dan Syahida.

Tanpa dijangka, usaha amal Aliff itu mendapat sambutan luar biasa. Ia mendapat sumbangan hampir RM40,000. Dan ia membuat Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi, 35, terharu.

Sebenarnya Aliff dan isteri mengundang Azar ke mahligai mereka untuk makan malam dan menyampaikan sumbangan wang zakat.

Melihat kehadiran Azar dengan wajah suram, penuh masalah menyebabkan Aliff dan isteri secara spontan membuat siaran ‘live’ bagi membantu pelakon itu mendapat sumbangan daripada orang ramai. 



Selain itu Aliff dan isteri turut menawarkan pekerjaan di syarikat mereka jika Azar tidak mendapat peluang bekerja di tempat lain dan sudah tiada peluang berlakon.

Azar mungkin diambil bekerja sebagai kerani atau pembungkus barang dengan gaji minimum RM2,000.

Azar tanpa malu-malu menyatakan kedududukan kewangannya kini sempit kerana tiada sumber kewangan, namun terpaksa menanggung 2 anak yang masih kecil. 



Dia akan menggunakan wang sumbangan kira-kira RM40,000 itu untuk membetulkan kehidupan dia dan anak-anak. Di samping itu Azar juga mempunyai matlamat melangsai hutangnya. 

Menurut Azar jika dia pergi menghadap Ilahi, dia enggan meninggalkan hutang untuk diselesai oleh anak-anak, sebaliknya memberi kesenangan kepada mereka.

Azar turut menghargai pelawaan Aliff dan isteri untuk bekerja di syarikatnya dan mungkin akan menerimanya jika keadaan mendesak. 



Azar mendapat perhatian dalam beberapa minggu kebelakangan setelah sudah lama tidak muncul dalam drama TV. Azar dikenali apabila muncul sebagai ‘wanita nakal’ dalam drama ‘Nur’.

Azar kembali menjadi perhatian apabila direman bersama suaminya, Mohd. Apri Hazreen Mohd Sapri, 41, kerana kes penipuan pada Mac 2026.

Begitupun, pelakonusia 37 tahun itu dibebaskan dan akan dijadikan sebagai saksi pendakwaan.

Meringkuk dalam tahanan menjadi pengalaman terburuk dalam hidupnya dan hanya tinggal RM28 ketika keluar dari tahanan.

Azar tidak malu menceritakan penderitaannya dalam program ‘Melodi’ dan ‘Nona’ TV3 baru-baru ini. - KitaReporters

13
10
0
17
0

Copy Link: