MEMAHAMI kesusahan asnaf dalam menghadapi bulan Ramadan ketika pandemik COVID-19 masih belum reda, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) bersetuju untuk menaikkan kadar bantuan zakat kepada penerima yang layak kepada antara 16.6 peratus dan 25 peratus pada tahun 2021 ini.

Berita gembira itu akan memberi manfaat kepada 22,857 Ketua Isi Rumah (KIR) dalam kalangan penerima zakat di bawah pengurusan MAIDAM.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan MAIDAM

Osman Muda


Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Osman Muda berkata, KIR fakir dan miskin yang mempunyai tanggungan tiga orang ke bawah akan menerima kenaikan 25 peratus iaitu dari RM400 pada tahun 2020 kepada RM500 tahun 2021 ini membabitkan perbelanjaan RM13.5 juta. 

Katanya, kepada bilangan isi rumah yang mempunyai empat orang dan ke atas termasuk Ketua Isi Rumah (KIR) pula akan menerima dari RM 600 kepada RM700

“Bantuan zakat sempena Ramadan ini akan diagihkan bermula pada minggu hadapan dengan kaedah disalurkan terus kepada akaun penerima,” katanya dalam satu kenyataan media pada 14 April 2021. 

Beliau mengharapkan supaya bantuan yang diterima dapat digunakan sebaik mungkin dan semoga ia dapat meringankan sedikit bebanan yang dihadapi asnaf, penerima bantuan MAIDAM.

"Kenaikan kadar bantuan itu yang dipersetujui ahli majlis mesyuarat MAIDAM bertujuan meringankan bebanan semua golongan asnaf,” katanya.

"Kita meminta agar bantuan yang akan disalurkan digunakan dengan sebaiknya," katanya. - KitaReporters


Gambaqr hiasan.... Membayar zakat satu kewajiban kepada umat Islam.

9
2
1
0
2

Copy Link: