Sayang ibu vs sayang isteri! Bagaimana imbangi kedua-duanya?

Published by
KitaReporters

MANA yang perlu diutamakan, ibu atau isteri? Utamakanlah kedua-duanya selagi perbuatan mereka tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Kedua-dua insan ini sangat penting bagi lelaki (suami). Isteri wajib menghormati dan mentaati suami dan suami pula wajib menghormati serta mentaati ibunya. : KitaReporters

Gambar hiasan


Lagi cerita-cerita berkaitan kasih sayang:

https://kitareporters.com/search?search=kasih+sayang


Lihat, bagaimana Islam memberi keadilan dan hak sama rata kepada lelaki dan perempuan. Tiada lebih tiada kurang.

Bagi suami yang memiliki isteri dan ibu yang tiada sengketa, pasti aman dan bahagia. Namun kalau sebaliknya, pasti pening yang mana satu mahu dijaga hatinya.

Islam sangat menyukai suami yang sering memberikan isterinya hadiah. - Gambar hiasan


Sebagai suami, antara rahsia pengikat kasih sayang dan tanda menghargai pengorbanan isteri melahir dan membesarkan zuriat serta menguruskan rumah tangga, pemberian hadiah adalah jawapannya.

Walaupun isteri tidak mengharapkan semua itu, tetapi sebagai wanita tidak dapat dinafikan cara itu mampu mengubat penat-lelah menguruskan rumah tangga.

Tapi bagaimana kalau perbuatan memberi hadiah atau belanja sakan untuk isteri tidak disenangi ibu anda? Inilah yang diperjelaskan oleh penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) menerusi sesi soal jawab dalam ruangan 'Mari Belajar Agama' dalam Instagramnya.


Dalam sesi soal jawab itu, ada seseorang berkongsi masalah yang dilaluinya membabitkan ibu dan isterinya.

Menurutnya, ibunya sering memarahinya kerana suka memanjakan isteri dengan pelbagai hadiah.

“Saya ada masalah rumah tangga iaitu ibu saya selalu membebel kepada saya. Kadang-kadang dia marah kalau tahu saya membelikan sesuatu untuk isteri sedangkan saya membelinya sebagai hadiah dan ibu seorang yang berharta juga bukannya orang susah.

“Apakah yang patut saya lakukan untuk menghadapi masalah seperti ini?” tanya individu terbabit.

Menurut UAI, masalah tersebut perlu diselesaikan secara baik kerana ia membabitkan dua orang wanita yang istimewa dalam hidup seorang lelaki iaitu ibu dan isteri.

Tegasnya, perbuatan suami membelikan hadiah kepada isteri adalah sifat terpuji. Namun dalam masa yang sama, suami perlu juga menjaga hati dan menghormati ibunya. Jangan sesekali melukakan hati seorang ibu.

Gambar hiasan.


Jadi, UAI mencadangkan agar suami yang berdepan dengan masalah ini agar menyembunyikannya daripada pengetahuan ibu.

“Berkenaan selalu membeli hadiah kepada isteri pun suatu perbuatan yang dipuji syarak. Tetapi oleh kerana ibu tidak berkenan, pemberian itu hendaklah disembunyikan demi menjaga hati dan perasaan ibu.

“Telah berkata oleh Imam Nawawi:

لا يأثم بذلك إذا قام بكفاية الأم إن كانت ممن يلزمه كفايتها بالمعروف، لكن الأفضل أن يستطيب قلب الأم وأن يفضلها، وإن كان لا بد من ترجيح الزوجة فينبغي أن يخفيه عن الأم

“Maksudnya: Tidaklah berdosa dengan demikian seorang itu sudah memberi kecukupan dalam belanja ibunya jika ibunya termasuk orang yang wajib dia nafaqahkan dengan baik akan tetapi yang afdal ialah membaikkan hati ibunya dan memberi keutamaan kepada ibunya.

“Dan jika tidak dapat tidak daripada melebihkan isterinya maka sepatutnya bahawa dia sembunyikan dari pengetahuan ibunya. (Kitab Fatawa Nawawi),” tulisnya.

Setiap permasalahan dalam hidup atau rumah tangga, pasti ada jalan penyelesaiannya.

Gambar hiasan.


Bak kata UAI, apabila ibu dan isteri tidak sehaluan, maka janganlah sebarangan menyebelahi ibu atau isteri tetapi hendaklah ditimbang dengan betul dan dihadapi dengan hati-hati.

Jadi, jadilah lelaki dan suami yang bijak! Ibarat kata pepatah, tarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak! - KitaReporters

2
0
0
0
0

Copy Link: