MENGETAHUI kutipan filem ‘Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan’ mencapai kutipan lebih RM12 juta selepas baru 4 hari ditayangkan sejak 23 Jun 2022, ramai yang menganggap ia adalah kebangkitan semula filem Malaysia dan memberi keuntungan besar kepada pengeluarnya. Ia membuat ada pihak yang ingin menghasilkan filem.

Namun bagi pihak yang ingin menjadi produser filem, mereka perlu berfikir panjang agar tidak mengalami kerugian.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan fenomena filem Mat Kilau

Mawi beri keterangan sebagai penerbit filem

Pandangan penyanyi yang kini menjadi produser filem, Aswawi Ani atau Mawi, 41, perlu dipandang penting. 

Mawi dalam perkongsian dalam laman Instagramnya pada Selasa, 28 Jun 2022 mendedahkan kutipan lebih RM12.2 juta yang diperoleh filem ‘Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan’ belum untung kerana kos pembikinannya mencecah RM8 juta.

Mawi mengeluarkan butir kutipan yang memperlihatkan bahawa hasil kutipan tiket lebih menguntungkan pemilik pawagam. Selain itu, menurut Mawi, sesebuah filem dikenakan cukai 25 peratus.

Dan hasil kutipan perlu dibahagi 50 peratus dengan pihak pawagam bagi seminggu tayangan. Bagi tayangan setiap minggu seterusnya pihak pawagam memperolehi bahagian 55 peratus, 60 peratus dan 65 peratus hingga tamat tayangan.


‘"Perkara ini ramai tak tahu dan ini berdasarkan pengalaman saya sebagai penerbit filem. Saya nak beritahu kalau berjaya dapat RM12 juta dengan modal RM8 juta, bermaksud untuk penerbit masih belum balik modal," jelasnya.

Dalam hantaran sama, Mawi juga menjelaskan pengiraan dan jumlah keuntungan bersih yang berjaya diperoleh pihak penerbitan filem Mat Kilau setakat ini.


"Sekarang kita cerita mengenai Mat Kilau pula, RM12 juta itu perlu tolak sebanyak 25 peratus untuk bayar cukai hiburan dan jumlah bayarannya adalah RM3 juta. Jadi, baki mereka adalah RM9 juta.

"RM9 juta itu pula perlu bahagi dua antara pihak penerbit dan juga pihak panggung wayang. Selepas bahagi maka tinggallah RM4.5 juta. Jadi, masih belum balik modal sebab modal nak buat RM8 juta,' tambahnya.

Berdasarkan kiraan Mawi, filem ‘Mat Kilau’ hanya berjaya untung sedikit jika mencapai kutipan RM30 juta. Adakah impian itu akan tercapai? - KitaReporters


13
14
0
18
0

Copy Link: