Nama sebenarnya, Nurfatihah Hamzah, 24, tetapi sesuai dengan genre muzik hip hop yang dibawa, penyanyi muda berhijab ini lebih popular disapa Juki.

Namanya mula disebut selepas berjaya memenangi pertandingan Playaz Rap Challenge 2020, lebih-lebih lagi apabila Juki merupakan satu-satunya penyanyi rap wanita yang diundang berkolaborasi bersama 7 bintang rap lelaki lain seperti Yonnyboii, Benzooloo, Siqma, Ical Mosh, Kmy Kmo & Luca Sickta dalam lagu ‘Dua Puluh’ pada 2021.

Malah Februari 2022 lalu, Juki sempat membuat kemunculan di Mini Showcase kumpulan nyanyian wanita yang sedang popular, Dolla sehingga mendapat sambutan meriah daripada penonton.


Lagi



Dengan pengalaman dan persediaan yang dialami, Juki kini bersedia tampil dengan karya sulungnya berjudul ‘Pacu’, disusun, digubah dan diterbitkan oleh Mingaling di bawah label Def Jam Recordings Malaysia.

Kemunculannya tidak syak lagi menambah bilangan  rapper muda berhijab di samping Bunga Isme, 22 yang terlebih dahulu terkenal dengan imej berbaju kurung ketika rap.

Kelainannya, walau pun berhijab, Juki tetap bergaya dan berpakaian seperti seorang rapper gayanya malah membayangkan  dirinya sendiri pada gambaran lagu ‘Pacu’



“Lagu ini ada bayangan saya di dalamnya. Ia mengisahkan pencapaian matlamat dan motivasi diri. Saya ingin kongsikan pendapat saya ini dengan semua yang mendengar,” ujar  Juki.

Menurut Juki, sebagai pertaruhan sulungnya, beliau memberikan seluruh tenaga terhadap pembikinan ‘Pacu’ yang telah menjalani proses rakaman pada 2021, mengambil masa sehari untuk diselesaikan

Sambungnya, masa sehari itu diambil bagi menguruskan segala proses berkaitan seperti pemilihan lirik dan cubaan untuk memasukkan irama.

“Rakaman dilakukan pada hari kedua kerana saya mempunyai sedikit kesukaran untuk menulis korus dan pre-hook lagu ketika itu. Setelah siap dengan verse, Amir Hassan melengkapkan bahagian yang tinggal untuk 'Pacu'. Akhirnya, semuanya berbaloi,” ujar Juki puas.

Dengan lirik yang ditulis bersama Amir, Juki  berharap semua akan memahami pesanan yang cuba diluahkan dalam lagu berkenaan dan sedar bahawa jika mereka jatuh mereka hanya perlu bangkit semula dan terus memacu ke arah kejayaan.



“Pacu’  turut menampilkan sebuah muzik video hebat yang mengambil masa 12 jam untuk dirakam.

“Kami memulakan rakaman pada jam 11 pagi dan selesai sekitar jam 10 hingga 11 malam pada hari yang sama. Saya terpaksa ganti pakaian dan solekan beberapa kali pada hari itu, memang memenatkan. 

"Itulah kali pertama saya lihat orang bekerja di belakang tabir. Dan kini saya mengerti kerja keras di balik semua itu,” kenang Juki mengenai pengalaman pertamanya itu.

Sehubungan itu,Juki berharap karya sulungnya ini akan dihargai semua yang mendengarnya.

“Banyak usaha di balik projek ini dan saya harap motivasi serta cinta yang saya kongsikan akan dapat dirasai semua yang mendengarnya,”  jelas Juki menutup bicara dengan perasaa gembira.

Pacu telah dilancarkan di semua wadah penstriman digital bermula pada Jumaat, 11 Mac 2022 lalu manakala video muzik rasminya boleh tonton di saluran YouTube rasmi Jukivevo. - KitaReporters


16
19
0
16
0

Copy Link: