Video| Luahan sayu Franscissa Peter! Harap dapat rakam album baharu! Tapi tiada syarikat berminat!
Published by
MUNGKIN nama Franscissa Peter agak asing pada telinga generasi sekarang. Namun buat peminat industri muzik tanah air era 80-an dan 90-an, nama tersebut terpahat di hati selamanya.
Penyanyi berketurunan Serani ini mencapai zaman kegemilangan melalui lagu berhantu, Sekadar Di Pinggiran. Lagu ciptaan Manan Ngah dan lirik oleh Lukhman S ini telah memenangi trofi Anugerah Juara Lagu (AJL) 1986 diikuti Juara Festival Lagu ASEAN di Kuala Lumpur pada 1987.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan
Detik manis ketika Sekadar Di Pinggiran dinobatkan sebagai Lagu Terbaik di AJL86.
Malah, Frans juga telah menerima trofi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 setelah lebih 40 tahun dalam industri muzik tanah air.
Ibarat lagu malar segar begitu juga dengan Frans. Walaupun ramai penyanyi baharu hadir dalam setiap generasi, namun figura umum ini tetap diingati. Ramai peminat setianya mengharapkan penyanyi kesayangan mereka ini tampil dengan album baharu bagi mengubati rindu yang mendalam.
Peminat begitu merindui suara emas Frans dan mengharapkan penyanyi itu hadir dengan album baharu.Perasaan itu turut dikongsi oleh Frans dalam
Instagram miliknya. Menurut Frans, dia berterima kasih kepada peminat yang
masih mengingati dan merindui suaranya.
Luah Frans, sebagai penyanyi sudah pasti dia
merindui momen untuk memiliki album baharu. Namun apakan daya kerana kebanyakan
syarikat rakaman tidak berminat.
Sungguhpun Frans tidak menjelaskan sebab-sebabnya, namun ia mungkin kerana kehendak pasaran yang lebih berminat dengan penyanyi-penyanyi baharu. Biar pun begitu, Frans tidak akan berputus asa dan akan terus berusaha.
Frans berterima kasih kepada para peminat setia yang sentiasa menyokong dan merinduinya.

Terima kasih yang sangat khas juga kepada peminat “Remy German” kerana sokongan anda dan kata-kata yang penuh bersemangat. Kak Fran juga berharap dapat merakam album yang terbaru secepat mungkin.
“Kebanyakan syarikat rakaman mungkin tidak berminat
langsung tetapi saya akan terus berdoa, bermimpi dan merancang untuk dapat
melakukannya. Tersentuh dengan mesej adik,” tulisnya.
Semoga satu hari nanti cita-cita Frans dan harapan peminat dimakbulkan.
Nak dibandingkan dengan penyanyi masa kini terutamanya penyanyi ‘mi segera’, ia ibarat langit dan bumi dari segi kualiti dan aura. - KitaReporters

