Kredit foto: PR Newswire Asia


LEBIH enam juta ahli Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bakal ditawarkan kit ujian pengesanan kekuatan antibodi terhadap virus Covid-19 yang dinamakan ImmuSAFE.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Datuk Madani Sahari, langkah tersebut dijangka mampu beri manfaat kepada jutaan ahli SKM meliputi 14,668 koperasi yang berdaftar di negara ini.

“Ahli-ahli SKM akan nikmati harga lebih murah daripada kit saringan RTK Antigen yang telah meluas digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ini.

“Kit ini sesuai digunakan untuk individu kenal pasti tahap kekuatan antibodi badan mereka melawan Covid-19, sekali gus menentukan jenis vaksin bersesuaian.

"Mereka yang didapati kuat antibodi, sebenarnya cuma perlu satu dos vaksin serta jenis vaksin bersesuaian dengan tahap ketebalan tubuh,” katanya yang dipetik laporan Utusan Malaysia pada 10 April 2021.

Untuk info, ImmuSAFE merupakan hasil kolaborasi Institut Automotif, Robotik dan Internet Pelbagai Benda Malaysia (MARii) dengan MKM Global Holdings Sdn. Bhd (MKM) dan Syarikat RZAC ImmuneSafe Sdn. Bhd. (RZAC).

Melalui kerjasama pengkomersialan itu,  ImmuSAFE akan diedar semula oleh MKM yang juga anak syarikat milik penuh Institut Koperasi Malaysia (IKM). - KitaReporters

2
0
0
0
0

Copy Link: