Fuhh! Kreatif sangat! Tayar lama direka bentuk jadi burung, bangku, motosikal! Ada macam-macam desain!

Published by
KitaReporters

 

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Jika tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya.


Tayar lama diolah menjadi burung kelihatan menarik dan cantik.

Unik dan menarik... Tayar lama berdesain bakul.


Inilah pepatah yang menjadikan Muhammad Akmal Adib dari Durian Tunggal, Melaka mampu mendapat pulangan lumayan hanya dengan menjadikan tayar terpakai sebagai modal.

Tayar terpakai yang biasanya dibuang begitu sahaja kini diolah menjadi pelbagai produk bernilai. Malah tayar-tayar lama yang terbuang mampu menjadi punca rezeki dan mencambah pendapatan.

Berbekalkan sebuah bengkel kecil yang beroperasi di halamannya sendiri, ternyata ia mampu memberikan pulangan yang begitu menggalakkan.


Motosikal dan kereta mainan turut direka cipta dengan berwajah baharu oleh Muhammad Akmal Adib.

Berkat kesungguhan dan kreativiti yang ada padanya, sisa buangan seperti tayar-tayar buruk telah diolah dan direka cipta dengan pelbagai bentuk dan desain.

Ditambah lagi dengan rekaan tersendiri yang berwarna-warni seperti burung, bangku, bakul, motosikal, kereta mainan dan sebagainya.


Produk tayar lama terkini dengan pelbagai warna kelihatan menawan.

Pada awalnya beliau hanya menjadikan halaman rumah sebagai tapak untuk produk tersendirinya.

Namun begitu, lambakan tayar terbuang kini telah menjadi rebutan apabila direka cipta dengan produk yang lebih menarik dan menawan.

Walaupun terpaksa memikirkan desain dan reka bentuk yang pelbagai, terserlah hasilnya sememangnya amat membanggakan. - KitaReporters


Satu lagi lakaran menarik tayar lama oleh Muhammad Akmal.

12
9
0
14
0

Copy Link: