Dua darjat! Masjid Ahmadi anjur sukan e-sport MLBB! Kariah Taman Dahlia perlu bantuan bina masjid!

Published by
KitaReporters

Memang hebat! Tidak semua pengurusan masjid dalam negara ini yang telah berjaya menganjurkan sukan dalam talian atau sukan elektronik (e-sports) seperti Masjid Ahmadi, Rantau Panjang, Klang di Selangor.


Lebih 100 pemain Mobile Legend Bang-Bang (MLBB) memenuhi ruang di Masjid  Ahmadi, Rantau Panjang, Klang.

Masjid Professional Cup 2.0 tersergam menggamit pemain 'e-sports MLBB'.


Rata-rata mungkin mempunyai persepsi dengan mengatakan permainan dalam talian hanyalah membuang masa dan tiada manfaat. 

Namun begitu, pengurusan Masjid Ahmadi telah membuktikan buat kali keduanya bahawa pertandingan e-sport yang dianjurkan pada 14 Jun 2026 terbukti berjaya dan sukses.

Masjid Professional Cup 2.0 (Piala Profesional Masjid 2.0), pertandingan Mobile Legend Bang-Bang (MLBB), yang diselia dan dikelolakan oleh kelab pemuda masjid berkenaan ternyata mendapat sambutan ramai sehingga 140 pemain menyertai sukan ini.

Malah 28 pasukan yang menyertai pertandingan kali ini turut menarik minat beberapa pemain bukan Islam.


Antara pemain remaja yang memenuhi ruang masjid semasa pertandingan 'esports MLBB' pada 14 Jun 2026 di Masjid Ahmadi, Rantau Panjang, Klang.

Pertandingan yang bermula seawal 8 pagi hingga 7 malam tersebut ternyata dapat menarik lebih ramai golongan remaja mendekati masjid serta pendedahan ketara bahawa masjid bukanlah hanya sebagai pusat beribadah semata-mata.

Sebaliknya kejayaan pertandingan ini dengan penyertaan sehingga melebihi 100 pemain memperlihat bahawa institusi masjid boleh mencambah serta mempelbagaikan aktiviti sesuai dengan kehendak semasa bagi menarik lebih ramai golongan muda dan remaja.


Penganjur dan pengurusan masjid bersama peserta yang menjayakan pertandingan e-sports MLBB.

Penyertaan terbuka kali ini telah disertaipemain remaja seusia 15 hingga 24 tahun.Manakala hadiah untuk pemenang bagi tempat pertama hingga keempat berupakan wang tunai, medal dan sijil.


Surau sedia ada tidak dapat menampung kapasiti jemaah setiap kali solat Jumaat dilaksanakan.

Sementara itu, ayuh kita bantu, infaq atau sedekah untuk merealisasikan pembinaan masjid kariah Taman Dahlia, Sepang yang sememangnya amat diperlukan oleh anak-anak kariah sejak sekian lama..

Sedekah itu bukan sekadar memberi, tetapi ia merupakan salah satu cara Allah membersihkan hati dan menghapuskan dosa-dosa kita yang tersembunyi.

Malah dalam sebuah hadis riwayat At-Tirmizi membawa maksud: "Sedekah dapat menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api ". 

Seperti air yang memadamkan api, begitu juga sedekah memadamkan kesilapan yang pernah kita lakukan perlahan-lahan.

Pada saat kita memberi dengan ikhlas kerana Allah, sebenarnya kita sedang menyelamatkan diri kita sendiri daripada azab yang tidak terjangka. 

Setiap tangan yang menghulur, Allah gantikan bukan sahaja dengan pahala, tetapi juga dengan rahmat dan keampunan yang lebih besar.


Jemaah semakin bercambah ekoran kepesatan penduduk sekitar kawasan terbabit.

Setiap kali solat Jumaat, Ramadan mahupun hari raya ada yang terpaksa bersesak dan solat di luar kerana ribuan umat Islam di sini amat memerlukan sebuah masjid yang benar-benar dapat menampung mereka.

Buat ketika ini, surau sedia ada kecil dan tidak mampu menampung kapasiti jemaah yang bertambah apabila solat jumaat dilaksanakan setiap minggu.


Masjid Kariah Taman Dahlia yang dicadangkan akan dibina dan telah mendapat kelulusan pihak berkuasa.


Dengan kos sekitar RM17 juta dan kutipan yang masih jauh daripada mencukupi, impian ini akan menjadi realiti jika ada tangan-tangan yang sudi membantu walaupun dengan kadar yang sedikit.

Diharapkan engan wujudnya masjid yang direka cipta berbentuk orang sujud ini ia bukan sahaja menjadi tempat sujud semata-mata, sebaliknya menjadi pusat pendidikan dan pembelajaran agama,pengurusan jenazah dan tempat aktiviti kemasyarakatan dengan pelbagai manfaat.


Sumbangan dan infaq boleh disalurkan melalui DuitNow yang tertera.

Oleh kerana kutipan masih rendah, maka dokongan orang ramai amat diperlukan bagi merealisasikan impian tersebut.

Segala sumbangan dan infaq bagi pembinaan masjid ini boleh disalurkan melalui akaun Agro Bank bernombor 1005 5100 0069 047 atas nama Dana Pembinaan Masjid Taman Dahlia atau menghubungi nombor telefon 0193123122 atau 013-671 2971 serta 017-670 0166. - KitaReporters

15
9
0
11
0

Copy Link: