Kes baharu Covid-19 di Kelantan pada 1 Mei 2021 merekodkan sebanyak 442 kes


Kerajaan Negeri Kelantan tiada cadangan untuk melaksanakan ‘lockdown’ (perintah berkurung) di negeri berkenaan susulan peningkatan kes Covid-19 dan menyerahkan sepenuhnya segala keputusan berkaitan perkara itu kepada kerajaan Pusat.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob mengakui kerajaan Negeri amat bimbang dengan situasi semasa penularan Covid-19 di negeri tersebut yang masih merekodkan tiga angka kes baharu setiap hari. 

“Setakat ini, kita (Kerajaan Negeri) tiada cadangan untuk ‘lockdown’. Kita tunggu saja keputusan Pusat, isyarat serta arahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia mahu pun Majlis Keselamatan Negara.

“Seluruh rakyat Kelantan diharapkan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan. Pematuhan SOP dilihat masih terlalu lemah dan perlu dipertingkatkan lagi terutamanya di lokasi tumpuan ramai.

“Kita mesti ada kesedaran tinggi dan jaga diri sendiri, daripada hijau bertukar merah dan ini begitu membimbangkan,” katanya dipetik oleh Sinar Harian, 2 Mei 2021.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan Kerajaan Negeri juga tiada cadangan membincangkan isu berkaitan pembelian sendiri vaksin Covid-19 sebagaimana dilakukan oleh Sarawak. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


4
0
1
1
0

Copy Link: