Video| Terbaiklah Mechamato Movie! Syabas Monsta! Kutip RM18.3j dalam 11 hari tayangan! Sasar RM35j!

Published by
KitaReporters


FILEM animasi ‘Mechamato Movie’ meraih kutipan tiket lebih RM18.3 juta dalam tempoh 11 hari tayangan. Ia juga mencatatkan 1.28 juta kehadiran penonton di 150 pawagam seluruh negara bermula 8 Disember 2022. 

Berita gembira ini diumumkan Animonsta Studios (Monsta) menerusi hantaran Instagram (IG).


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bidang pembikinan animasi



"Alhamdulillah terima kasih buat 1,280,000 penonton yang sudah menonton #MechamatoMovie. Filem ini berjaya meraih RM18 juta dalam masa 11 hari.

"Kepada yang belum menonton, jom rasai pengalaman bersorak dan tepuk tangan dalam pawagam," kata entri tersebut.


Nizam Abdul Razak

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios, Nizam Abdul Razak yang juga pencipta animasi 'BoboiBoy' menzahirkan rasa terima kasih kepada penonton yang menaruh kepercayaan terhadap animasi tempatan. 

Nizam berharap filem animasi ini mampu mencapai kutipan hingga RM35 juta dan ditonton sekurang-kurangnya 2.5 juta orang sehingga hujung tahun kerana masih dalam cuti persekolahan.

Filem animasi ini turut menarik minat golongan dewasa. Setiap kanak-kanak atau sekumpulan kanak-kanak pasti akan ditemani golongan dewasa,

Golongan dewasa juga berminat menonton 'Mechamato Movie'


Menurut Nizam, kepada yang belum menonton, harap apat merasai pengalaman menyeronokkan bersorak dan bertepuk tangan dalam pawagam.

‘Mechamato Movie’ berjaya mengutip RM10 juta baru enam hari ditayang yang bermula Khamis, 8 Disember 2022.

Ia memulakan langkah kanan apabila meraih RM1.1 juta pada hari pertama tayangan. Dan diikuti kutipan RM5 juta pada hari ketiga tayangan.



‘Mechamato Movie’ adalah filem komedi aksi animasi komputer berdasarkan siri animasi ‘Mechamato: The Animated Series’.

Animasi ini berkisar kejadian sebuah kapal angkasa misteri terhempas di bumi yang menemukan seorang pemuda bernama Amato dengan robot berkuasa bergelar MechaBot.

Diangkat menjadi tuan kepada MechaBot, Amato boleh menggunakan kuasa ajaib mampu menukarkan objek biasa kepada peralatan canggih. 

Filem animasi ini akan dipasar ke beberapa negara mulai tahun hadapan.

Kejayaan ‘Mechamato Movie’ bakal mendorong penghasilan lebih banyak filem animasi komputer tempatan pada masa akan datang. - KitaReporters


12
15
0
9
0

Copy Link: