Kredit foto: kelabmama.com


Kita masih dalam minggu pertama Ramadan, sedang meniti hari untuk menyambut ketibaan harı raya. 

Sebut mengenai raya, sambil sibuk menyediakan juadah berbuka puasa atau ke bazar Ramadan setiap hari untuk membeli makanan yang dimasak, ibu-ibu juga memikirkan hal pakaian ahli keluarga yang mana sesetengah tu sudah buat persiapan lebih awal, sebelum masuk Ramadan sudah menempah pakaian untuk ahli keluarga. 

Mereka juga memikir pasal mengemas kini hiasan rumah. Ada juga yang membuatnya lebih awal, menukar langsir dan sarung sofa serta menambah hiasan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan hias dan dekorasi

Lukisan berwarna garang. - Kredit foto: Modernarthomedecor.com


Lumrahnya begitulah, tidak sah rumah kalau tidak dihias cantik untuk menyambut raya, semua nak diganti baru. 

Namun pada zaman serba mencabar ini dengan kekangan kewangan yang dihadapi kita tidak perlulah menukar ganti barang secara keseluruhan baik perabot mahupun langsir dan hiasan. Jika ada langsir ganti dalam simpanan, boleh juga dikeluarkan dan dipasang semula, tidak perlu berhabisan duit untuk membeli yang baru lagi.

Berikut disenaraikan beberapa idea menghias menggunakan unsur hiasan dinding untuk rujukan termasuk tip atau panduan menghias dengan berjimat.


Sekeping gambar atau lukisan besar yang digantung pada dinding melengkapkan hiasan ruang. Boleh pilih tema warna garang atau pun lembut mengikut kesesuaian selera dan ruang. - Kredit foto: Modernarthomedecor.com


1. Guna bahan sedia ada


Bagus juga dapat amalkan menghias secara konsep kitar semula, sesetengah rumah ada saja barang lebihan yang tidak diguna atau disimpan sehingga terlupa dan berhabuk. Masuk balik ke tempat simpanan, guna semula, misalnya lukisan, bersihkan sedikit, keluarkan lukisan yang sedia ada, letak semula di tempat yang sesuai atau menggantikan yang sedia ada.


Jika sudah bosan dengan ruang dengan satu gambar besar, boleh digantikan dengan susunan gambar berbingkai seperti ini yang mengambil ruang lukisan besar tadi. Lihat perbezaan dengan gambar di atas yang menggunakan warna garang memukau, ruang ini bermain dengan warna monotonus putih dan kelabu, sama dengan warna dinding dan sofa. Pertukaran itu memberi kelainan dan mood  baru kepada ruang terbabit. - Kredit foto: Havenly.com


2. Cara menampakkan perbezaan ketara pada ruang


Yang paling mudah adalah gantikan lukisan yang berbingkai kecil kecil dengan satu lukisan besar, ataupun lukisan besar digantikan dengan susunan beberapa gambar berbingkai. Sesungguhnya kehadiran lukisan walau temanya abstrak tidak difahami apa maksud gambarnya, namun warna dan corak lukisan itu memberi roh kepada ruang. 

Penggunaan unsur hiasan dinding, baik lukisan mahupun gambar, cermin dan arca berbingkai membuat ruang ceria dan lengkap. Terdapat banyak pilihan unsur hiasan dinding di pasaran, dengan pelbagai tahap harganya.


Ini ialah contoh lukisan cat minyak yang menggunakan dasar kanvas dengan permukaan kesat dan tidak rata, ada kesan garis cat yang jika kita rasa dengan tangan di permukaannya, terasa bergerutu, menandakan ia adalah lukisan cat minyak asli. - Kredit foto: Pexels Steve Johnson


3. Bagaimana nak nampakkan suasana itu mahal?


Lukisan ada banyak jenis, kalau ingin nampak berprestij, cari lukisan tangan atau lukisan asli, menggunakan cat lukisan minyak di atas kain kanvas. Pakar terutama daripada kalangan orang seni boleh mengetahui sama ada sesuatu karya lukisan itu bernilai atau pun tidak. 

Disebab sifat aslinya itu, sudah tentulah harga lukisan cat minyak ini lebih mahal sedikit. Untuk dapatkan harga murah sedikit mungkin cari lukisan yang telah diguna oleh orang lain, tepatnya lukisan terpakai. Mungkin boleh dapat harga lebih murah. 

Tapi lukisan asli daripada pelukis tersohor, lagi lama lukisannya lagi tinggi harganya, sebab itu ada orang membelinya untuk dikumpul. Disimpan dengan baik, selepas berpuluh-puluh tahun misalnya harga lukisan itu jadi lebih tinggi. Ia adalah salah satu pelaburan juga.


4. Bagaimana kalau tak mampu membeli lukisan asli? 


Ada dua cara, dapatkanlah lukisan yang dicetak, yang banyak terdapat di pasaran. Lukisan asli kalau dicetak sudah bertukar menjadi seperti gambar.  Jadi lukisan itu bukan lagi asli. Nak tahu lukisan asli dan cetak ialah, yang asli boleh rasa permukaan lukisan itu bergerutu kerana kesan cat dan pengguna kain kanvas, sementara yang dicetak licin saja yang selalunya bahan kertas.


Bayangkan jika ruang dinding putih ini kosong tanpa gambar berbingkai, ianya hambar. Mungkin di rumah anda ada dinding kosong yang nampak polos, apa kata letak gambar berbingkai seperti ini. Jika guna gambar warna garang pekat memperlihatkan suasana ceria dan bertenaga jika guna warna lembut, suasana akan bertukar redup dan tenang. - Kredit foto: Havenly


5. Hiasan dinding selain lukisan


Selain lukisan ada juga hiasan dinding jenis tampal membentuk motif tertentu seperti daripada batang dan daun atau bahan semula jadi, tumbuhan yang diawet. Ia bukan dilukis tetapi digubah mengikut idea tersendiri dan ditampal menggunakan gam. Contoh gambar di bawah.


Pilihan hiasan berbingkai yang mempamerkan bahan semula jadi iaitu tumbuhan kering, bunga dan daun.

Kredit foto - Pexels 


6. Hiasan dinding jenis seramik


Selain bahan semula jadi, terdapat juga hiasan dinding jenis seramik, tepatnya pinggan atau piring bercorak yang diletak dalam bingkai sebelum dipamerkan atau pun digantung terus pada dinding. Contoh gambar di bawah dipamer dalam bentuk tersusun.


Unsur hiasan dinding daripada pinggan seramik bercorak. - Kredit foto: Pexels


7. Boleh juga guna bahan ukiran


Bahan ukiran juga antara unsur hiasan dinding yang menarik, sama ada diperbuat daripada kayu keras asli atau kayu campuran ataupun daripada jenis plaster of paris dan besi. Pilihan ukiran adalah jenis ukiran timbul dan kerawang (berlubang). Contoh gambar di bawah.


Ukiran kerawang berbingkai salah satu pilihan menarik untuk menghiasi dinding. - Kredit foto: Ubuy.com.my


8. Fabrik pun boleh jadi hiasan


Fabrik juga boleh dijadikan unsur hiasan dinding, sesetengahnya digantungkan pada palang kayu ukir atau pun dibingkaikan. Carilah kain yang bercorak unik misalnya dicetak dengan garis bingkai dan sebagai, untuk mendapatkan yang benar-benar menarik perlukan pencarian. Contoh hiasan fabrik di dinding, gambar di bawah. - KitaReporters


Fabrik yang dipasang pada rangka kayu empat segi menampilkan corak hitam putih, mengandungi sembilan keping ukuran sama. Ia kelihatan menonjol pada dinding warna hijau. Meja dan usur hiasan di bawah lukisan itu juga bermain dengan warna sama iaitu hitam dan putih, menampakkan ke serasian. Warna oren kemerahan bunga memecah keseragaman hitam putih dan hijau. - Kredit foto: Ladiestrend.com


Fabrik aneka warna dibentuk menggunakan rangka bulat dan dipasang pada dinding secara bebas. - Kredit foto: Ladiestrend.com

  

20
15
0
8
0

Copy Link: