HUJAN bukan halangan kepada penduduk Kampung Padang Baloh, Hulu Besut,Terengganu untuk meraikan sambutan Maulidul Rasul 1444H/2022M pada Ahad, 9 Oktober 2022, sebaliknya ia tetap berlangsung dalam suasana meriah dan menarik perhatian orang ramai yang hadir menyaksikan sambutan tersebut.

Sambutan tersebut agak unik kerana peserta perarakan berjalan kaki mengelilingi jalan kampung dan sawah padi yang menghijau menampakkan panorama yang agak menarik.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sawah bendang

Penduduk Kampung Padang Baloh,Hulu Besut berarak sambut Maulidul Rasul melalui laluan sawah padi.


Kesepakatan penduduk termasuk kanak-kanak dan warga emas yang keluar beramai-ramai untuk menyertai sejak awal pagi 9 Oktober 2022 dalam keadaan hujan renyai-renyai tetap mendapat sambutan dan berjaya menarik perhatian penduduk setempat. 

Sambutan anjuran Kelab Belia Padang Baloh dengan kerjasama Ketengah Holding Sdn Bhd, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Gerai dan PDM Darau itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Datuk Nawi Mohamad.


Kehijauan sawah padi menjadi pilihan penduduk mengadakan perarakan sambutan Maulidul Rasul


Najib Zakaria


Pengerusi Belia Padang Baloh, Najib Zakaria berkata, sambutan secara besar-besaran di lokasi tersebut adalah julung kali diadakan dengan membabitkan kira-kira 500 peserta yang menyertai perarakan berjalan kaki.

Katanya, walaupun perarakan dijalankan dalam keadaan hujan namun semua peserta berjaya menamatkan perjalanan sejauh tiga kilometer mengelilingi kampung tersebut.

Suasana perkampungan yang dikelilingi sawah padi yang menghijau menjadi daya tarikan kepada sambutan tersebut,” katanya.



Perarakan tersebut disertai sebanyak sembilan kontinjen iaitu Jemaah Masjid Darau, UMNO Cawangan Padang Baloh,UMNO Cawangan Darau, UMNO Cawangan Lepang Kejur, Sekolah Menengah Kebangsaan Putera, Sekolah Kebangsaan Darau, Tadika Kampung Darau dan Unit Peladang Darau

"Selain perarakan, program tersebut turut diselitkan dengan pelbagai acara sampingan termasuk bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan tazkirah," katanya. - KitaReporters


Para pberaraeserta menjamu selera selepas selesai menyertai perarakan

10
6
1
18
0

Copy Link: