BARU-BARU ini, tular dalam media sosial mengenai seorang lelaki dari Cheras, Kuala Lumpur dikenakan hukuman jenayah akibat cubaan bunuh diriBernama melaporkan mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM3,000 atau penjara tiga bulan selepas dia gagal dengan terjun dari beranda rumah flatnya yang terletak di tingkat lima. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan bunuh diri:

https://kitareporters.com/search?search=bunuh+diri


Apa la! Dah la gagal bunuh diri, kena denda pulak sebab gagal bunuh diri????

Hal ini sekali gus mengundang kekecewaan netizen yang menyifatkan perbuatan bunuh diri bukanlah diklasifikasikan sebagai suatu kes jenayah. Malah, mereka menganggap lelaki tersebut akan lebih tertekan yang akhirnya akan memudaratkan lagi diri si pelaku.

Antara netizen yang bengang dengan hukuman yang dikenakan.


Stigma Cetus Diskriminasi

Apabila seseorang memandang anda dengan cara yang negatif kerana anda mempunyai sifat yang unik atau sifat peribadi yang dianggap sebagai kelemahan diri (stereotaip negatif) itu boleh diklasifikasikan sebagai stigma. Stigma yang ditakrifkan dalam konteks ini adalah persepsi anda terhadap kesihatan mental (Link, Cullen, Struening & Shrout, 1989), dan stigma yang dianggap dapat mempengaruhi perasaan malu yang membawa kepada hasil rawatan yang lebih buruk (Perlick, Rosenheck, Clarkin, Sirey et al.,2001).

Malangnya, dalam era modenisasi yang serba canggih ini, stereotaip negatif terhadap seseorang yang mempunyai penyakit mental jadi semakin tular dan lazim, terutama dalam media sosial. Stigma boleh menyebabkan diskriminasi. Diskriminasi mungkin jelas atau secara tidak langsung. 

Contohnya, seseorang memuat naik komen negatif terhadap penyakit mental atau rawatan individu yang sakit. Anda perlu tahu, seseorang yang ada stigma seperti ini pasti mengelak diri daripada pesakit kerana orang itu menganggap pesakit tersebut tidak stabil, ganas atau berbahaya.


Kesan Stigma Terhadap Penyakit Mental

Antara kesan stigma terhadap penyakit mental termasuk:-

1- Keengganan untuk mendapatkan pertolongan atau rawatan

2- Kurang pemahaman oleh keluarga, rakan, rakan sekerja atau lain-lain

3- Kurang peluang untuk kerja, sekolah atau aktiviti sosial. 

4- Buli atau keganasan fizikal

5- Kepercayaan bahawa anda tidak akan berjaya pada cabaran tertentu atau anda tidak dapat memperbaiki keadaan diri anda

Langkah-langkah Tangani Stigma

1- Dapatkan rawatan

Jangan biarkan rasa takut dilabelkan dengan penyakit mental menghalang anda untuk mencari bantuan. Rawatan boleh memberikan kelegaan untuk anda mengenal pasti masalah dan mengurangkan gejala yang mengganggu kerja dan kehidupan peribadi anda. Jangan biarkan stigma membuat keraguan diri dan rasa malu. Stigma bukan hanya datang dari orang lain. Anda mungkin tersilap percaya bahawa keadaan anda adalah ‘tanda’ kelemahan diri atau anda harus mengendalikannya sendiri tanpa bantuan. Buang kepercayaan itu!

2- Mencari kaunseling

Sesetengah komuniti badan bukan kerajaan seperti Befrienders KL menawarkan sokongan kepada orang yang mempunyai penyakit mental terutamanya depressi. Tanpa memerlukan duit, mereka boleh membantu mengurangkan stigma dengan mendidik orang yang mempunyai penyakit mental. Jika anda malu untuk berjumpa dengan kaunseling, ada pelbagai alternatif lain yang boleh anda boleh luahkan seperti berbual dalam telefon atau email.

3- Jangan menyamakan diri dengan penyakit anda

Ingat! Anda bukan penyakit. Jangan biarkan penyakit mental yang dihidapi menguasai anda. MIsalnya, daripada anda mengatakan bahawa “Saya bipolar,” lebih baik anda katakan "Saya mempunyai gangguan bipolar." Begitu juga daripada memanggil diri anda sebagai "skizofrenia," katakan "Saya mempunyai skizofrenia." Hal ini akan menjadikan anda cenderung untuk berjuang membanteras penyakit yang anda sedang hadapi sekaligus dapat mengatasi stigma masyarakat terhadap penyakit mental.

4- Sertai kumpulan sokongan

Jangan mengasingkan diri anda. Sekiranya anda mempunyai penyakit mental, anda mungkin enggan memberitahu sesiapa tentangnya. Keluarga, kawan, atau ahli komuniti anda boleh memberi sokongan kepada anda jika mereka tahu tentang penyakit mental anda. Bercerita kepada orang yang anda percayai untuk mendapatkan sokongan  belas kasihan dan pemahaman yang anda perlukan.

Ingat! Jangan ada sikap stigma negatif dalam diri anda. Sekiranya stigma tentang masalah mental ini tetap menular, peluang untuk individu yang mempunyai masalah mental dalam menentukan kehidupan yang berkualiti akhirnya disekat seterusnya boleh membawa kepada percubaan bunuh diri. : KitaReporters

 

2
0
0
0
0

Copy Link: