Penggunaan katil ICU Covid-19 di 22 hospital kerajaan kini catat kadar melebihi 70 ke 90 peratus. - Kredit foto: Twitter Dr Noor Hisham Abdullah


SEMUA 22 hospital kerajaan diarahkan meningkatkan tahap kesiapsiagaan masing-masing berikutan situasi terkini wabak Covid-19 dalam negara kini bertambah buruk.

Memetik laporan Berita Harian 8 Mei 2021, arahan berkenaan telah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada semua Pengarah Kesihatan Negeri menerusi satu surat bertarikh 7 Mei 2021.

“Kementerian Kesihatan mengesan jumlah pesakit dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital kerajaan meningkat sebanyak 500 kes kelmarin dan jumlah ini tertinggi sejak pandemik bermula.

"Tambah membimbangkan, 22 hospital mencatat kadar penggunaan katil ICU Covid-19 melebihi 70 ke 90 peratus dan hospital bukan dikhususkan untuk Covid-19 kini terpaksa merawat pesakit berkenaan.

"Bagi menghadapi situasi kian membimbangkan ini, setiap hospital kerajaan perlu meningkatkan kesiapsiagaan hospital bagi menghadapi kemungkinan dan situasi luar jangka," katanya berdasarkan surat tersebut.

Ujarnya lagi, Pengarah Kesihatan Negeri boleh menentukan untuk melaksanakan semua pembedahan dan prosedur elektif secara berperingkat-peringkat susulan perkembangan terbaru ini. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
1
0

Copy Link: