Michelle Yeoh turut membantu kerja pembersihan pasca banjir di Taman Seri Muda, Shah Alam

PELAKON antarabangsa kelahiran Malaysia, Michelle Yeoh meluangkan masa cuti perayaan Hari Natal dengan menyertai kerja-kerja pembersihan pascabanjir di Taman Sri Muda, Shah Alam, semalam, 25 Disember 2021. 

Turut bersama pelakon utama filem ‘Shang-chi and The Legends of the Ten Rings’ dan ‘Crazy Rich Asian’ ini ialah tokoh konglomerat, Tan Sri Vincent Tan. Dua personaliti ini tiba menaiki sebuah helikopter.

Kedua-dua personaliti terkenal itu menyertai kerja-kerja pembersihan pascabanjir bersama Regimen 502 Askar Wataniah di bawah Divisyen Ke-4 (4 Div) Infantri ATM, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Yayasan Taiwan Buddist Tzu-Chi Malaysia.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan misi bantuan banjir

/

Michelle Yeoh menyantuni mangsa banjir. - Kredit foto: IG michelleyeah_official

Kredit foto: @remigiuswoon


Kredit foto: @bobtv.my


Gerak kerja pembersihan dilakukan pelakon kelahiran Ipoh, Perak ini di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda dengan turut dihadiri Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

"Ini semangat Krismas yang sebenar. Terima kasih kepada semua. Saya amat terharu melihat orang ramai yang bersama di sini tidak kira agama, bangsa atau warganegara yang turun membantu mangsa banjir," kata Michelle Yeoh ketika memberi sedikit ucapan pada majlis itu. - KitaReporters

  
15
11
0
9
0

Copy Link: