Video| Pemuda tidur pulas, tak sedar diri dibawa bersama tilam oleh air bah? Aksi lucu nampak?

Published by
KitaReporters

KETIKA banjir melanda di beberapa negeri, banyak peristiwa duka dan lucu berlaku di mana sebahagiannya dirakam dalam bentuk video dan dimuat naik dalam laman sosial. Antara peristiwa dianggap lucu terjadi apabila seorang pemuda yang dilihat lena tertidur tidak menyedari bahawa banjir semakin tinggi menyebabkan dirinya bersama tilamnya turut dibawa arus air banjir. : KitaReporters


Betul ke pemuda ini tidak sedar dirinya dibawa air bah di Temerloh, Pahang?

Lagi kisah-kisah menarik berkaitan lucu:

https://kitareporters.com/search?search=lucu


Peristiwa itu dirakam dan dimuat naik oleh pengguna Tik Tok akaun  @mezzefah18. Sejak dimuat naik pada Ahad, 10 Januari 2021, video ini  sudah ditonton lebih 10 juta  pengguna TikTok.

Bahkan, video itu tular sampai kepada pengguna TikTok di Indonesia dan media sosial yang lain.




Peristiwa ini turut dirakam oleh pengguna Twitter @ Farism4n, pada Ahad 10 Januari 2021. Lokasinya di hadapan  papan tanda Temerloh, di Sungai Pahang.

Video berdurasi 18 saat itu telah ditonton lebih 300,000 kali oleh netizen sehingga petang Isnin, 11 Januari 2021.





Lantas video itu mendapat pelbagaI respons daripada pengguna Twitter. Insiden itu membuat ramai orang terkejut dan ketawa melihatnya.

Sebahagian warganet menyatakan kalau tidurnya cara begitu, boleh membawanya sampai ke Laut China Selatan.

Ada pula yang menyamakan dengan kisah Kapal Titanic, ketika Rose dan Jack jatuh ke laut setelah kapal yang mereka naiki terlanggar gunung ais.

"Takut sedar2 dah lepas kat laut china selatan..be safe everyone," kata pemilik Twitter @katnis_14.

"Ni titanic waktu jack kena buang kapal ni," tulis @moshahrulfitri. - KitaReporters


3
1
1
2
1

Copy Link: