Sesuatu kejadian pelik berlaku dalam industri filem Malaysia dan ia memerlukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menjalankan siasatan bagi menghentikan pelbagai spekulasi. 



Siasatan telus perlu dilakukan segera kerana terasa ada sesuatu yang tidak kena. Dan ia mungkin siasatan pertama membabitkan industri filem tempatan.

Lebih-lebih lagi certa ‘Konspirasi’ berkaitan dengan tugas pegawai dan kakitangan SPRM membongkar pelbagai penyelewengan dan kebocoran data termasuk membabitkan golongan berpengaruh demi kepentingan negara. Lakonan juga membabitkan sejumlah pelakon terkenal negara serta melibatkan sejumlah aksi ngeri. 


Antara adegan dalam filem 'Konspirasi'


Benarkah ada dakwaan terdapat ‘tangan ajaib’ yang mengarahkan pihak penerbit Elepfilm Entertainment memberhentikan tayangan ketika baru seminggu diputar dan langkah promosi sedang dirangka?

Jika ada unsur negatif atau sensitif dalam filem ‘Konspirasi’ mengapa ia telah dilulus oleh Lembaga Penapis Filem (LPF)? 

Pihak pengeluar mengeluarkan arahan memberhentikan tayangan ‘Konspirasi’ dengan alasan kurang dapat diterima.

Dalam kenyataan pada Ahad, 31 Mei 2026, Elepfilm Entertainment memaklumkan keputusan memberhentikan tayangan dibuat selepas mengambil kira pelbagai pertimbangan berdasarkan situasi semasa dan bukan bertujuan sebagai publisiti atau strategi pemasaran. Maksud yang dinyatakan itu menimbul pelbagai spekulasi. 

Peliknya, tayangan di negara-negara lain seperti Singapura diteruskan.



Secara logiknya tidak akan ada pihak penerbit yang sudah mengeluarkan wang, sanggup rugi dengan memberhentikan tayangan.

Difahamkan filem ‘Konpirasi’ menelan bajet RM16.30 juta sementara hasil kutipan baharu mencapai RM483,140.

Selama ini, pihak penerbit akan melenting jika filem mereka dihenti tayangan oleh pihak pempamer (pawagam) sebelum dua minggu ditayang.

Filem ‘Konspirasi’  mula ditayang pada 21 Mei 2026. Namun pihak pengeluar meminta tayangan dihenti pada 28 Mei 2026. Ia merupakan filem kedua tempatan yang dihentikan tayangan oleh pihak penerbit.

Filem pertama ialah ‘Panggilan Pulau’ terbitan, arahan, lakon layar dan lakonan Datuk Ahmad Fauzee Samad. 

/

Ahmad Fauzee dan Sharmain Farouk dalam filem 'Panggilan Pulau' 1994. Sementara (kiri) adalah poster filem asal 'Panggilan Pulau 

‘Panggilan Pulau’ mula ditayang pada  29 September 1994 tetapi terpaksa dihenti tayangan dua hari kemudian.

Ini kerana ia berdepan isu hak cipta atau copyright membabitkan Malay Film Productions (MFP) dan Shaw Brothers yang menerbitkan versi asal ‘Panggilan Pulau’ yang mula ditayang pada 4 Julai 1954. 

Alasan filem ‘Panggilan Pulau’ dihenti adalah kukuh, sementara alasan pemberhentian ‘Konspirasi’ tidak padu dan masih boleh dipertikai.



Filem ‘Konspirasi’ masih boleh mendapat untung apabila dijual atau berkongsi untung dengan mana-mana agensi penstriman menggunakan platform over the top (OTT) atau video on demand (VOD).

Dan ramai masyarakat kini lebih suka menunggu tontonan filem baharu ditayang menerusi penstriman OTT.  - KitaReporters

Para pelakon dan krew produksi filem Konspirasi semasa satu tayangan khas. - Kredit foto: Harian Metro.

 

12
10
0
12
0

Copy Link: