Video| Nikki Palaikat, Aliff Aziz, Adibah Noor, Suki Low benar-benar menonjol! Bye bye Nico G!

Published by
KitaReporters

Kredit foto-foto: FB Gegar Vaganza


Pertandingan Gegar Vaganza 8 (GV8) episod 3 pada Ahad, 5 Disember 2021 memperlihatkan usaha  kesemua 13 peserta dalam menyampaikan lagu di luar kebiasaan mereka.

Hanya peserta yang benar-benar penyanyi berbakat besar sebagai penyanyi menerima markah tinggi.

Sementara peserta yang hanya sekadar menyanyi melakukan sejumlah kesilapan vokal, lirik dan gaya persembahan menerima markah rendah hingga menyebabkan satu peserta tersingkir.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Gegar Vaganza




Empat peserta menduduki empat tangga teratas. Nikki, Aliff, Adibah dan Suki. - Kredit foto: FB Gegar Vaganza
Nikki Palaikat, Aliff Aziz, Adibah Noor dan Suki Low memperlihatkan kemampuan vokal dan gaya persembahan yang tinggi dan mendapat pujian para juri.

Kemampuan mereka membuat keempat-empatnya diramal akan memasuki peringkat akhir GV8 pada Januari 2022 nanti.

Dan salah seorang dijangka bakal menjuarai GV8.


Kumpulan Nico G jadi peserta pertama tersingkir dari program GV8.


Empat peserta iaitu Ani Mahyuni, Azan Scan, Datuk Fazley dan kumpulan Nico G berada pada empat senarai kebelakang dan kedudukan mereka sudah dijangka berdasarkan persembahan mereka.

Akhirnya Nico G menjadi peserta pertama yang tersingkir.

Juri-juri episod 3 GV8 pada 5 Disember 2021.


Jika tidak mampu mempertingkatkan persembahan, tiga peserta terbawah ini dijangka akan tersingkir pada episod-episod seterusnya.

Apa yang menarik kumpulan Sa.Ya (Saiful Apek & Yassin) mampu menyampai lagu ‘Better Man’ yang dipopular oleh Robbie William dengan baik dan berjaya menduduki tangga ke-5.


Kumpulan Sa.Ya berjaya menduduki tangga ke-5

Shidee pula berhempas pulas menyampaikan lagu ‘Blue Sueed Shoes’ yang dipopular oleh Elvis Presley dengan menari rock n roll.

Persembahannya dianggap menghiburkan oleh juri, namun persembahannya ‘berterabur’ dalam menyampaikan lagu berbahasa Inggeris.

Bagi episod ke 4, kedudukan empat teratas dijangka milik penyanyi-penyanyi yang sama. Cuma kedudukan satu hingga empat yang bakal berubah.

Kini yang menjadi tanda tanya, siapakah peserta yang akan tersingkir dalam episod keempat nanti. - KitaReporters



Berikut adalah kedudukan dan markah peserta dalam GV8 episod 3:

  • Nikki Palaikat                        84.8
  • Aliff Aziz                                 83.9
  • Adibah Noor                         81.3
  • Suki Low                                78.6
  • Sa.Ya                                      73.7
  • Aweera                                  71.5
  • Upiak Isil                              61.3
  • Bandi Amuk                          60.1
  • Shidee                                    58.3
  • Ani Maiyuni                           58.1
  • Azan Scan                              54.8
  • Datuk Fazley                          54.1
  • Nico G                                     50.1


 
13
10
0
11
0

Copy Link: