Peserta membawa plastik mengandungi siput yang berjaya dikutip dalam sawah Kampung Kubang Depu, Jertih,Terengganu.


MUSIM tengkujuh yang sedang melanda Negeri Terengganu bukan penghalang kepada pihak tertentu untuk menganjurkan program dan aktiviti kemasyarakatan sebaliknya ada yang memanfaatkan musim berkenaan sebagai salah satu aktiviti untuk komuniti. 

Penganjur yang faham dan prihatin dengan keadaan setempat cuba melakukan aktiviti yang kelainan tetapi sesuai dengan cita rasa penduduk terbabit.

Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Kubang Depu, Hulu Besut, Terengganu dengan kerjasama pengusaha Homestay Warisan cuba melakukan program menarik yang jarang dilakukan di tempat lain dalam usaha mengajak komuniti menyertainya sebagai salah satu aktiviti bagi menarik minat pelancong ke kampung berkenaan.


Lagi kisah menarik berkaitan program kemasyarakatan


MOHD FAKARU AZHAR YUNUS



Pengerusi KRT Kampung Kubang Depu, Mohd Fakaru Azhar Yunus berkata, dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang, pihaknya menganjurkan Program Jom Gi Baroh (Jom Pergi Ke Sawah) dengan mengajak orang ramai menyertai acara mencari siput.

Katanya, program tersebut cuba mengajak penduduk setempat bergelumbang dengan lumpur ketika berlumba-lumba mencari siput sebagai salah satu aktiviti tradisional penduduk kampung zaman dahulu. 

Seramai 50 peserta terdiri daripada orang dewasa, kanak-kanak, usia emas dan remaja menyertai acara mencari siput dalam baruh yang berlangsung pada Jumaat, 10 Disember 2021.


Sawah padi di Kampung Kubang Depu, Jertih,Terengganu yang dijadikan lokasi program mencari siput



“Program tersebut mungkin dianggap tidak bermanfaat kepada sesetengah pihak tetapi ia sebenarnya berjaya menarik minat warga kampung pelbagai peringkat selain mewujudkan semangat kerjasama dan perpaduan,” katanya. 

Pegawai Perpaduan Daerah Besut, Noor Almizan Mahmood yang turut hadir merasmikan program itu kagum dengan kesungguhan peserta berlumba-lumba mencari siput dalam lumpur untuk mencari kemenangan. 

Beliau memuji usaha penganjur mengadakan aktiviti tersebut kerana ia menampakan satu acara tradisional yang mampu memupuk semangat peserta dalam memperkasakan budaya hidup masyarakat setempat. - KitaReporters


Proses menimbang untuk mencari pemenang pertanding mencari siput



Nor Almizan Mahmod (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan mencari siput.

15
6
1
16
0

Copy Link: