Penyanyi dangdut (pedangdut) terkenal, Ayu Ting Ting, 33, sudah menjadi tokoh kebanggaan Depok, Jawa Barat iaitu daerah di pinggir Jakarta.



Walaupun mempunyai rumah mewah di Jakarta, namun Ayu yang nama sebenarnya Ayu Rosmalina Abdul Rozak lebih selesa tinggal bersama ibu bapa, adik, anak saudara serta anaknya di rumah lama keluarga di Depok yang sudah direnovasinya.  

Kerana selesa tinggal di rumah keluarganya di Depok membuat Ayu Ting Ting sanggup berulang alik Depok-Jakarta puluhan kilometer setiap hari untuk kegiatan seni.

Selain menyanyi, Ayu Ting Ting mempunyai tugas tetap sebagai pengacara bersama program popular Brownies dari Isnin sehingga Jumaat di stesen Trans TV. Selain itu turut ikut serta dalam program komedi di stesen Transtv7.


Kerana populariti dan kebaikan Ayu Ting Ting membuat sebahagian masyarakat di Depok menghormatinya.
Penyanyi dangdut ini turut menjalin hubungan baik dengan warga setempat dan memberi sumbangan kepada penduduk setempat yang memerlukan. 

Antara kebajikan yang dilakukan ialah menjadi antara penyumbang terbesar pembinaan Masjid Al-Huda, Depok.

Sesuai dengan sumbangan yang dilakukan terhadap pembinaan masjid itu membuat pihak pengurusan masjid memberi layanan Istimewa jika Ayu Ting Ting dan anggota keluarga berada di masjid itu. 



Baru-baru ini Ayu Ting Ting mengunakan keistimewaannya untuk menempah (booking) saf solat Aidilfitri di masjid yang terletak tidak jauh dari rumah keluarganya. Ayu sekeluarga hanya berjalan kaki menuju masjid itu.

Bagi yang tidak mengetahui sumbangan Ayu Ting Ting terhadap masjid itu telah memberi komen tidak wajar dan berunsur negatif dalam laman sosial. 

Mereka mempertikai bagaimana Ayu Ting Ting dan keluarganya diberi keistimewaan dalam menentu saf sembahyang solat Aidilfitri. Namun Ayu Ting Ting enggan memberi respons atas tuduhan bersifat negatif itu. 

Bagi Ayu Ting Ting, dia tidak boleh membuat semua orang suka terhadap dirinya. Dan dia menganggap ia sekadar teguran yang diketahui tetapi tidak perlu dibalas.

Dan untuk sambutan Aidiladha nanti, Ayu Ting Ting dan keluarga seperti biasa akan mengorbankan beberapa ekor lembu dan kambing untuk dibahagi kepada penduduk setempat. - KitaReporters


14
10
0
12
0

Copy Link: