Video| Dasar lelaki gatal! Ada apa dalam beg Jasmine Suraya? Lain yang dikongsi lain yang dipandang!

Published by
KitaReporters

Pelakon dan model jelita Jasmine Suraya sememangnya bukan nama asing dalam dunia hiburan tempatan. 

Memiliki wajah kacukan yang menawan selain suara ‘husky’ yang sering menjadi perhatian peminat, Jasmine atau nama penuhnya Jasmine Suraya Chin Xian Mei sering tampil dengan karakter tersendiri dalam lakonan mahupun dalam media sosial. 



Pernah membintangi beberapa drama dan filem tempatan, selebriti ini juga dikenali sebagai seorang yang aktif berkongsi kandungan santai serta gaya hidup bersama pengikutnya dalam media sosial. 

Pada 11 Mei 2025, Jasmine mencuri perhatian ramai selepas memuat naik satu video bertajuk 'What’s in Jasmine’s bag' dalam media sosial miliknya. Namun, lain yang dikongsi, lain pula yang dipandang oleh segelintir netizen.

Dalam video tersebut, Jasmine dilihat berkongsi barangan yang terdapat di dalam beg tangannya secara santai dan bersahaja. 

Bagaimanapun, penampilannya yang mengenakan pakaian agak seksi sehingga memperlihatkan alur dada nyata mengundang pelbagai reaksi netizen terutama lelaki.



Menjengah ruangan komen, ramai yang memuji kecantikan pelakon itu selain menganggap dirinya memiliki aura tersendiri.

I love you so much Jasmine! Dahlah cantik dan sumpah one of a few yang bagi watak apa pun akan memang menjadi wataknya.” 

Tidak kurang juga yang meminta Jasmine menghasilkan lebih banyak kandungan santai seperti itu untuk tatapan pengikut media sosialnya. 



Namun seperti biasa, ruangan komen turut dicemari dengan komen-komen nakal dan berbaur lucah daripada segelintir netizen lelaki yang lebih memberi perhatian kepada penampilan Jasmine berbanding isi kandungan video tersebut. 

“Suraya awak sejuk ke panas ni. U soooo hotttt woihhhh.” Walau bagaimanapun, penulis mendapati banyak komen lucah sudahpun dipadam. 




Seorang lagi netizen pula meninggalkan komen berbaur sindiran mengenai fizikal pelakon itu sehingga mengundang rasa kurang senang dalam kalangan pengguna media sosial lain.

Susulan itu, ramai netizen tampil mempertahan Jasmine selain menegur sikap segelintir lelaki yang disifatkan terlalu ‘blue’ ketika meninggalkan komen. 

“Banyak juga lelaki otak blue (lucah) dalam ni. Dah tenguk tu diam-diam dah lah. Jangan bagi nampak sangat kau tu desperate pervert.”


 



Seorang lagi netizen turut senada dan meminta individu meninggalkan komen tidak senonoh supaya berhenti merosakkan ruang komen.

“Kepada yang komen bodoh-bodoh ni sila berambus dari Thread. Merosakkan mentalitilah masing-masing. Tak malu ke orang tengok semua dah bapak-bapak orang.”

Dalam masa sama, ada juga netizen yang menasihati Jasmine supaya lebih menjaga penampilan dan aurat ketika berkongsi kandungan dalam media sosial. 

“Salam, harap Jasmine dapat tutup aurat dengan baik. Sekurang-kurangnya tutup perlahan-lahan dulu pun takpa.”


Bagaimanapun, komen tersebut turut menerima respons balas daripada netizen lain yang menjelaskan latar belakang pelakon berkenaan.

“Dia non muslim,” balas seorang netizen.

Just for info, nama dia Jasmine Suraya Chin Xian Mei. Keturunan Cina beragama Kristian dari Kuching, Sarawak,” tambah netizen lain.

Walau apa pun pandangan netizen, video santai tersebut jelas berjaya menarik perhatian ramai apabila ruangan komen dibanjiri pelbagai reaksi daripada peminat serta pengguna media sosial. 

Kalau dah nama figura umum, apa sahaja yang dikongsi sememangnya tidak dapat lari daripada menjadi bahan perhatian, pujian mahupun kritikan netizen. - KitaReporters



7
15
0
15
0

Copy Link: