Tengah buat apa tu bang? Buat tarian Blackpink? Sempat kau!

Published by
KitaReporters

MENUNGGU di lampu isyarat mungkin sesuatu yang menyeronokkan bagi yang berkereta mungkin boleh menarik nafas lega sekejap sambil ditemani hembusan udara sejuk dari pendingin hawa di dalam kereta. Tapi mungkin tidak bagi penunggang motosikal, yang terpaksa menahan terik bahang matahari jika pada siang hari. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan

https://kitareporters.com/search?search=k-pop


Keadaan itu kadang-kadang boleh menyebabkan penunggang motosikal ‘naik angin’ jika terlalu lama menunggu.

Namun berbeza dengan seorang lelaki yang menjadi tular dalam media sosial baru-baru ini apabila mengambil peluang untuk "rehat dan relaks" dengan cara tersendiri ketika menunggu lampu isyarat bertukar.

Menariknya, lelaki berkenaan memilih untuk melakukan tarian sebagai senaman ringkas.

Video yang dimuat naik oleh @anthraxxxx itu menjadi tular di medsos baru-baru ini apabila netizen terhibur dengan cara yang dilakukan ketika menunggu.

Laa… sempat menari lagi ! Ingatkan senaman tangan tadi!


Namun jika diamati batul-batul, tarian yang dilakukan bukan tarian biasa tapi tarian K-Pop kumpulan Blackpink dari Korea.

Wah kemain lagi ye bang… minat K-Pop rupanya.

Gerak-tangan yang dilakukan itu merupakan tarian untuk lagu "How You Like That" daripada kumpulan yang diminati ramai dan kini menjadi ikutan tanpa mengira golongan.

Kerlasss gitu!

Gelagat lelaki yang bersikap selamba itu telah menyebabkan orang ramai yang lalu di bahagian pejalan kaki melihatnya dengan pandangan yang pelik tapi lucu.

Ternyata posting tersebut yang berdurasi 15 saat itu sangat menghiburkan dan telah mendapat perhatian ramai terutama golongan netizen yang rata-ratanya terhibur melihat video berkenaan. - KitaReporters

2
1
0
0
0

Copy Link: