Bila sebut saja Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), semua orang tahu ia menjadi tumpuan seluruh rakyat untuk 'shopping' dek kerana pelbagai barangan hari raya boleh didapati di sana

Hasil tinjauan yang dilakukan oleh wakil KitaReporters, mendapati bahawa pasar malam serta bazar Aidilfitri Jalan TAR mendapat sambutan hangat daripada orang ramai dan kembali sibuk setelah sunyi hampir 2 tahun akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bermula dari petang sehingga tengah malam, orang ramai tidak berhenti-henti datang dan ada juga sebahagian besar pengunjung datang membeli untuk persiapan Hari Raya Aidilfitri.


Lagi



Ketika menemu bual beberapa pengunjung, rata-rata menyuarakan bahawa mereka rindu akan suasana meriah seperti ini.

"Bila melihat ramai orang seperti ini, ia seperti membawa kita kembali ke zaman sebelum PKP," kata Arif.

"Hampir 2 tahun kita tidak merasa suasana seperti ini, mungkin orang ramai sudah mula rindu untuk datang membeli di Jalan TAR," jelas Syahirah.

"Saya datang bawa keluarga untuk cari barang raya sebab beli awal-awal mudah dan bila melihat sambutan orang ramai, memang ternyata semua menanti saat seperti ini," tambah Amin. 

Seperti semua tahu, Jalan TAR memang menjadi pilihan utama sama ada warga kota mahupun dari negeri lain untuk datang membeli barangan hari raya terutama baju raya. Maka tidak hairan jika kita lihat sambutan dari orang ramai sangat menggalakkan pada tersebut. 

Ketika tinjauan dilakukan, dapat dilihat pelbagai barangan dijual seperti makanan dan minuman, baju raya, cadar, kuih raya dan banyak lagi yang ada di pasar malam Jalan TAR.




Untuk pengetahuan pembaca KitaReporters, sebanyak 250 tapak telah dibuka untuk para perniaga di pasar malam dan bazar Aidilfitri Jalan TAR dan ini sudah pasti memberi peluang lebih banyak kepada para peniaga

Pasar malam ini akan dibuka setiap hari Sabtu sahaja. Manakala bazar Aidilfitri pula, ia dibuka setiap hari pada bulan Ramadan ini.

Namun para pengunjung diingatkan agar jangan abaikan aspek SOP ketika seronok dan ghairah membeli belah untuk persiapan raya itu demi menjaga kesihatan semua kita.  - KitaReporters



10
7
0
19
0

Copy Link: