SEDANG Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini ramai antara kita tidak dapat menyambut hari jadi ahli keluarga terdekat kerana kita tidak boleh berkumpul langsung bagi mengelakkan wabak senang tersebar.

Namun, itu bukanlah alasan untuk menyambut hari jadi sesiapa yang istimewa kepada kita kerana terdapat khidmat suprise delivery (penghantaran kejutan) yang tular boleh digunakan kepada orang tersayang.

Tular sebuah video dalam TikTok seorang kanak-kanak yang begitu teruja mendapat belon berisi duit sempena hari jadinya yang ke-9.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan hari lahir


Namun, apa yang membuatkan kanak-kanak ini berasa sedih apabila belon yang berisi gas helium tersebut diterbangkan angin bersama-sama duit-duit yang dilekatkan pada belon itu.

Tapi nasib baik, hhidmat suprise delivery dikenali sebagai Coklat Suprise Melaka telah membayar ganti rugi kepada kanak-kanak ini kerana masalah teknikal yang berlaku pada belon yang diterimanya.



Rata-rata netizen yang menonton video kanak-kanak ini berasa geli hati ketika melihat gelagat kanak-kanak ini terkejut melihat belon dan duitnya terbang.




Mungkin, bukan rezeki adik ini. Jangan sedih-sedih, rezeki adik tak kemana dan apa pun selamat menyambut hari jadi dengan hadiah yang diberikan ini. - KitaReporters


1
1
0
0
0

Copy Link: