Syabas Harimau Malaya! Seri 2-2 dengan Syria! Perlawanan persahabatan tier 1! Aksi memberangsangkan!

Published by
KitaReporters

Malaysia berjaya mengikat Syria 2-2 dalam perlawanan persahabatan tier 1 yang berlangsung di Stadium East-Town Football Park, Chengdu, China pada 6 September 2023


Skuad bola sepak negara berjaya mempamerkan aksi memberangsangkan apabila berjaya mengikat Syria 2-2 dalam perlawanan persahabatan tier 1 yang berlangsung di Stadium East-Town Football Park, Chengdu, China pada 6 September 2023.

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon menurun kesebelasan terbaik bagi menghadapi lawan yang berada di ranking 94 dunia dan 10 minit awal, kita peroleh beberapa peluang terbaik untuk mencetak jaringan. 

Berpunca dari satu kesilapan mudah pemain negara dalam kotak penalti membolehkan Mardik Mardikian membuka tirai jaringan pada minit ke-12 untuk mendahului 1-0. 

Harimau Malaya cuba bangkit dan menyerang dari kiri serta kanan namun saiz antara dua pasukan ini ternyata menjadi pemisah apabila Syria lebih mudah untuk memenangi bola tinggi. 

Dalam Malaysia cuba menyamakan kedudukan, Syihan Hazmi sekali lagi tertewas menerusi tandukan Yassin Samia pada minit ke-41 untuk menjarakan kedudukan 2-0. 



Bermula babak kedua, beberapa pertukaran pemain daripada Pan-gon ternyata memberi kesan positif apabila bahagian serangan lebih mengancam dari sebelum ini. 

Jaringan pertama hadir menerusi pemain sayap Akhyar Rashid pada minit ke-51 selepas beliau bijak melepasi perangkap offside dan mudah menewaskan penjaga gol gantian Syria. 

Bagai mendapat tonik, anak buah Pan-gon terus melancarkan serangan demi serangan dan hasilnya pada minit ke-85, Darren Lok berjaya menyamakan kedudukan 2-2 hasil gerakan cantik daripada Safawi Rashid dari sebelah kanan. 

Kedudukan terikat 2-2 sehingga tamat permainan. Ini satu perlawanan yang baik bagi skuad kebangsaan bagi menghadapi Piala Asia AFC 2024 pada tahun hadapan. 

Malaysia akan bertemu China pada 9 September 2023 ini. - KitaReporters


13
10
0
15
0

Copy Link: